Rohingya Semakin Berani

KERAJAAN diminta mengambil tindakan teg4s terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didapati semakin berani mel4nggar undang-undang dan mer4mpas hak nelayan tempatan.

Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring), Che Ani Mat Zain berkata, ia termasuk kegiatan etnik Rohingya yang mula dikesan turut menjadi nelayan di negara ini.

Katanya, kegiatan nelayan PATI dan etnik Rohingya ternyata memberi kesan terhadap aktiviti penangkapan hasil laut nelayan tempatan sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

“Jaring berasa bimbang dan kesal apabila menerima banyak aduan daripada nelayan pantai di Semenanjung tentang kehadiran golongan PATI dan kini etnik Rohingya yang menangkap ikan.

“Golongan ini dikesan mempunyai sampan dan menjalankan aktiviti memukat sehingga mengg4nggu sumber pencarian nelayan tempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Che Ani berkata, golongan itu turut did4kwa mencer0boh kawasan paya bakau dengan men3bang pokok bakau dan membina rumah.

Katanya, golongan itu juga menimbulkan kebimbangan nelayan tempatan apabila ada yang bersikap agresif seperti ahli kumpulan s4mseng.

“Di Pulau Pinang, terdapat 40 pemilik sampan yang merancang menubuhkan Persatuan Nelayan Rohingya Pulau Pinang (kawasan Teluk Kumbar) yang jelas mel4nggar Akta Persatuan Nelayan 1971.

“Penguatkuasaan yang kurang teg4s juga dibimbangi menyebabkan penyeludupan pelarian lebih senang dilakukan terutama di perairan Kedah dan Perlis,” katanya.

Beliau berkata, tindakan drastik perlu diambil bagi membendung kebanjiran golongan berkenaan ke dalam negara yang secara tidak langsung menjejaskan ekonomi penduduk tempatan termasuk nelayan.

Sumber : HMetro