Ronaldo Dikejutkan

DI mana anda berada sama ada bintang sukan global atau tidak, anda tetap perlu mematuhi peraturan pencegahan penularan Covid-19.

Ia terjadi kepada kapten Portugal, Cristiano Ronaldo yang dinasihatkan oleh petugas stadium ketika menyaksikan perlawanan membabitkan negaranya di tempat duduk penonton.

 

Bintang Juventus yang terpaksa diketepikan pada aksi itu kerana mengalami masalah tumit hadir menyaksikan Portugal menewaskan naib juara Piala Dunia, Croatia, 4-1 di Porto dengan pemain pertahanan Manchester City, Joao Cancelo memulakan pesta jaringan buat tuan rumah.

Namun ketika perlawanan berlangsung, pemain berusia 35 tahun itu dik3jutkan dengan kehadiran petugas kesihatan yang menghampirinya dan memaklumkan supaya Ronaldo memakai pelitup muka.

Ronaldo kemudian segera memakai pelitup muka yang diletakkan diatas bangku tempat duduknya dan menyaksikan perlawanan pembukaan pasukan itu dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA.

Portugal menambah jaringan menerusi Diogo Jota, Joao Felix dan Andre Silva pada babak kedua manakala gol saguhati Croatia dijaringkan Bruno Petko.

Penyandang juara Liga Negara-Negara itu akan berdepan Sweden di Friends Arena pada awal pagi Rabu manakala Croatia berdepan Perancis di Stade de France.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/arena/2020/09/617851/ronaldo-ditegur-kerana-pelitup-muka