Rupanya Ini Punca Kekalahan Besar Skuad Perak TBG

Mehmet Durakovic akui Perak lakukan kesilapan mudah. Mehmet Durakovic mengakui kesilapan mudah menjadi punca utama Perak tewas 7-0 kepada JDT.

Ia merupakan kekalahan terbesar Perak selepas pernah mencatatkan kekalahan 6-0 kepada Kelantan pada musim 2012.

“Pasukan bermain dengan baik pada 20 minit pertama,” kata Mehmet ketika sidang media.

“Perak juga memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun JDT dengan mudah mencatatkan gol demi gol. Semua berpunca daripada kesilapan mudah.

“Kesilapan juga berulang pada separuh masa kedua dan pasukan dihukum.

“Ia bukan malam yang baik dan tentunya 7-0 bukan keputusan yang baik.”

Mehmet bagaimanapun mempertahankan pasukannya termasuk penjaga gol muda Nasrullah Abdul Aziz, meskipun mengalami kekalahan besar.

“Kita hil4ng ramai pemain berpengalaman akib4t ced3ra dan pengg4ntungan sehingga terpaksa turunkan pemain yang ada.

“Saya akui Nasrullah yang diturunkan menjaga gawang gol pada perlawanan belum bersedia, dan saya bersimpati kepadanya.

“Tapi sebagai jurulatih, saya perlu beri galakan kepadanya, pulihkan keyakinannya bagi mengharungi perlawanan yang akan datang.

“Saya juga akan berbincang dengan pemain, mengkaji semula apa yang berlaku ketika perlawanan menentang JDT dan paling penting mereka perlu jalani pemulihan secukupnya untuk perlawanan seterusnya, kami tidak mahu kalah lagi.”

Sumber : https://football-tribe.com/malaysia/2020/09/05/mehmet-durakovic-dedah-sebab-sebenar-perak-kalah-besar-7-0-kepada-jdt/