Ramai Masih Belum Tahu

Kuala Lumpur: Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid diperkenalkan secara rasmi bersama pasukan kelab Portugal, Portimonense SC di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal.

President Portimonese SC Rodiney Sampaio berharap dengan kehadiran Muhammad Safawi ke dalam pasukan kelabnya dapat menguatkan lagi barisan ser4ngan memandangkan bintang Johor Darul Ta’zim itu mempunyai kemahiran teknikal yang baik.

“Ramai masih belum tahu mengenai dia (Safawi) dan keadaan sama seperti ketika kami membeli (pemain Jepun), Shoya Nakajima (dari FC Tokyo pada 2017), tapi saya harap dia dapat capai kejayaan sama seperti Nakajima,” katanya pada sidang media yang dimuat naik menerusi laman sesawang kelabĀ www.portimonense.pt.

Menurut kenyataan kelab, pemain berusia 23 tahun yang dipinjamkan dari JDT selama semusim.

Sementara itu, Safawi sudah bersedia membantu kelab mencipta kejayaan dan berharap diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya.

“Saya tidak sabar untuk beraksi bersama kelab ini dan berharap dapat menyumbang kepada pasukan.

“Saya kenal beberapa pemain yang menjadikan pasukan kelab ini sebagai batu loncatan untuk menyertai pasukan lebih besar seperti Nakajima dan pemain Brazil Bruno Tabata yang menyertai Sporting Lisbon, tapi saya di sini untuk menyumbang kepada kelab,” kata pemain kelahiran Dungun, Terengganu yang akan menyarung jersi bernombor 29.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/arena/2020/10/628577/safawi-diperkenalkan-secara-rasmi-video