Safawi Mencipta Kejutan

KUALA LUMPUR: Selepas mengg0ndol Anugerah Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual semalam, Safawi Rasid mendapat satu lagi tonik sebagai pemb4kar semangat sebelum mengh4rungi musim 2021.

Ini kerana pemain berusia 23 tahun itu mencipta kejutan apabila tersenarai sebagai 24 calon untuk mer3but Anugerah Pemain Terbaik Di Asia Fox Sports Asia bagi musim 2020.

Malah, lebih membanggakan Safawi satu-satunya wakil dari Asia Tenggara yang ‘l0los’ dalam senarai itu sekali gus membuktikan reputasinya sebagai antara bintang paling menyerlah di rantau ini.

Bagaimanapun, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bakal menerima tent4ngan s3ngit daripada ramai bintang terkemuka Asia dengan Jepun mendominasi senarai terbabit apabila lima pemain mereka tercalon disusuli Korea Selatan dan Iran masing-masing dengan empat pemain.

Berdasarkan prestasi semasa, pemain Tottenham Hotspur, Son Heung Min dilihat menjadi calon pilihan untuk mengg0ndol gelaran terbabit.

Antara pemain terkemuka lain yang berkelana di Eropah dan turut tersenarai adalah Hwang Hee Chan (RB Salzburg dan RB Leipzig), Takefusa Kubo (Real Mallorca dan Villareal), Wataru Endo (Stuttgart), Takehiro Tomiyasu (Bologna) serta Matthew Ryan (Brighton).

Namun, cab4ran pemain dari benua Asia juga tidak kurang hebatnya apabila menampilkan pencalonan seperti Andres Iniesta (Vissel Kobe), Shoja Khalilzadeh (Persepolis dan Al Rayyan) serta Won Du Jae dan Yoon Bit Garam (Ulsan Hyundai).

Sementara itu, Safawi mengambil kesempatan untuk melontarkan penghargaan kepada pemilik pasukan Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas kejayaannya meraih Anugerah Pemain Tengah Terbaik ABK20 Virtual.

“Terima kasih kepada keluarga dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa menyokong saya. Terima kasih juga kepada seluruh penyokong bola s3pak Malaysia, Insya-Allah tahun depan saya akan buat yang lebih baik,” katanya.

Sebagai rekod, JDT mendominasi ABK 20 selepas merangkul kemenangan dalam lima kategori yang dipertandingkan apabila dinobatkan selaku Pasukan Terbaik 2020 selain Anugerah Pemain Tengah Terbaik yang menjadi milik Safawi.

Benjamin Mora pula dinamakan selaku Jurulatih Terbaik 2020 manakala dua lagi anugerah ‘disapu’ Farizal Marlias (Penjaga Gol Terbaik) dan Aidil Zafuan Abd. Radzak (Pertahanan Terbaik).

Sumber-BH