Safawi Rashid Sedih

Safawi Rasid turut berkongsi kesedihannya terhadap tragedi yang menimpa Syafiq Ahmad sehingga kehilangan dua ahli keluarganya.

Pemain berusia 23 tahun itu mengakui mendapat tahu perkara tersebut menerusi rakan sepasukannya dan media sosial.

“Cukup besar dugaan yang menimpa Syafiq selepas kehilangan insan tersayang iaitu ibu mentua dan anak keduanya,” katanya kepada Harian Metro.

“Saya mendoakan Syafiq tabah dan banyak bersabar selain memohon peminat bola sepak tanah air memberikan sokongan sewajarnya kepada pemain berkenaan.

“Ketika ini, saya mendapatkan maklumat lanjut daripada rakan sepasukan dan turut menghubungi Syafiq berkaitan musibah yang menimpanya.”

Safawi bukan sahaja rakan sepasukannya di JDT, tetapi juga dalam skuad kebangsaan.

Sumber : https://football-tribe.com/malaysia/2020/12/07/safawi-rasid-turut-bersedih-minta-peminat-beri-sokongan-kepada-syafiq-ahmad/