Safee Sali kini tersenarai

KONFEDERASI Bolasepak Asia (AFC) menyenaraikan jaringan akrobatik Safee Sali antara lima gol terbaik sepanjang saingan Piala AFC dan bekas peny3rang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berpeluang untuk memenangi anugerah itu.

Gol akrobatik atau lebih dikenali dengan jaringan sep@kan gvnting adalah anugerah yang diperkenalkan oleh AFC di mana peminat diberikan peluang untuk memilih sendiri pemenang daripada lima calon terakhir yang disenarikan oleh badan induk itu.

Safee yang pernah beraksi dalam saingan Piala AFC berjaya mel3dak gol menarik itu ketika membantu JDT menewaskan kelab dari India, East Bengal di Stadium Larkin pada 12 Februari 2015.

Gol itu terhasil susulan hantaran lintang tepat Nazrin Nawi yang kemudiannya disambut baik oleh Safee yang terus melonjak tinggi dengan melakukan lipatan tepat menuju ke gawang law@n sekali gus memastikan kemenangan 4-1 berpihak skuad Harim@u Selatan.

Selain gol itu, Safee bakal dicab@r empat lagi gol lain iaitu oleh Omar Al Soma (Qadsia SC), Abdulatif Salkeni (Al Jaish), Nguyen Van Quyet (Hanoi FC) dan Khairul Amri (Tampines Rovers).

Undian berkenaan boleh dibuat menerusi laman sesawang AFC dan akan berakhir pada 27 Jun ini.

Sebagai rekod, seorang lagi tonggak JDT, Safawi Rasid pada 16 Mei lalu dinobatkan pemenang bagi jaringan lencong terbaik sepanjang Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Dengan pencalonan terbaharu Safee itu, ia menyaksikan penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu berpeluang untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat Asia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.