Sah Angkat Kaki

Bukan mas4lah kewangan atau tungg4kan gaji. Sebaliknya urusan keluarga yang memerlukannya pulang ke Australia menjadi punc4 Mehmet Durakovic terp4ksa melep4skan jawatannya sebagai pengendali pasukan Perak FC.

“Ia adalah satu keputusan yang sangat ber4t dan meny3dihkan untuk kedua-dua pihak yang mana keputusan ini tidak dapat diel4kkan. Perak FC seperti keluarga selepas segala pencapaian dan piala yang saya perolehi di Perak.

“Saya gembira dan mengucapkan terima kasih kepada semua pemain dan kakitangan yang bekerjasama sepanjang saya menjadi jurulatih,” katanya dalam sidang media di pejabat urusan Perak FC di sini, petang tadi.

“Tiada mas4lah tungg4kan gaji dan sebagainya. Ianya benar-benar urusan keluarga yang perlu di selesaikan dan keluarga adalah segalanya bagi saya. Secara jujurnya sangat sukar bagi saya menghadapi pand3mik C0v-!9 tanpa keluarga di sisi.

“Selepas semua perbincangan, saya perlu pulang ke Australia untuk melihat keadaan keluarga di sana, ia benar-benar bukan satu keputusan yang mudah. Saya akan merindui Perak FC tetapi saya perlu mengutamakan keluarga, saya berharap saya buat yang terbaik,” katanya.

Ditanya lebih lanjut, sama ada beliau tidak memikirkan kemungkinan keputusan dibuatnya itu pada masa yang salah berikutan jarak masa sepak mula Liga Malaysia (Liga M) yang semakin hampir, Durakovic berkata: “Kita sudah bincang bersama. Sehingga ke hari ini saya memikirkan ini adalah keputusan terbaik kerana jika berl4rutan ia akan memberi kes4n burvk, saya ada urusan keluarga di Australia dan Perak FC membenarkannya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed berkata, Perak FC mengesahkan persetujuan penamatan kontrak secara bersama Mehmet dan pengurusan Perak FC berkuat kuasa 19 Februari lalu.

“Pengurusan Perak FC dan Mehmet bersetuju secara bersama untuk menamatkan kontrak beliau sebagai ketua jurulatih Perak FC atas permintaan Mehmet sendiri yang memaklumkan beliau ingin pulang ke Australia untuk menyelesaikan urusan keluarga.

“Rundingan ini sudah berjalan selama lebih satu minggu dan pengurusan menghormati pendirian Mehmet yang memilih untuk kembali ke Australia. Ianya adalah satu keputusan yang suk4r dan berat untuk diputuskan dan pastinya ianya satu kehil4ngan besar kepada pasukan,” katanya.

Khairul Shahril berkata, pihaknya bersetuju mengambil Chong Yee Fatt sebagai pengganti Mehmet dengan kontrak sudah ditandatangani hari ini manakala sesi latihan akan pasukan bermula esok.

“Atas nasihat Mehmet, kita memilih Chong Yee Fatt sebagai pengganti beliau. Satu rundingan bersama Kuala Lumpur United FC sudah dibuat untuk membawa pulang Chong Yee Fatt bagi menggalas tanggungjawab sebagai ketua Jurulatih Perak FC.

“Pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Mehmet dan selamat datang kepada Chong Yee Fatt,” katanya.

Yee Fatt adalah bekas pemain Perak bagi musim 1981-1983 dan musim 1986 serta pernah menyandang jawatan sebagai pembantu ketua jurulatih bagi musim 2011-2013 dan pada musim 2017 sewaktu pasukan diterajui oleh Karl Heinz dan Weigang.

Sumber : BH