Sah Bersama Harimau Selatan

Johor Darul Ta’zim akhirnya memperkenalkan peny3rang baharu, Jonathan Herrera bagi menghadapi sa!ngan Liga Malaysia musim 2021.

Pemain berusia 29 tahun itu berasal dari Buenos Aires, Argentina mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Diogo Luis Santo yang berhijrah ke BG Pathum United.

Herrera sudah beraksi dengan kelab Divisyen Ke-2 Argentina, Deportivo Riestra sejak 2015 namun sering dipinjamkan ke pasukan lain.

Beliau di pinjamkan ke kelab dari Venezuela, Atletico Venezuela pada 2017, kelab Argentina, Ferro pada 2018, kelab Chile, Audax Italiano pada 2018, kelab Argentina, Central Cordoba 2019 dan terbaru kelab Liga Primera Argentina, San Lorenzo pada 2020.

Beliau menyertai San Lorenzo pada Julai 2020 namun tempoh pinjamannya sudah ditamatkan pada 6 Januari 2021.

Sumber : football-tribe