Sah Sertai Skuad Penyu

Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) hari ini mengumumkan kemasukan pemain import baharu dari Australia iaitu Christopher Herd bagi memperkuatkan posisi pertahanan tengah pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia 2021.

Herd merupakan antara nama besar dalam bola sepak kerana beliau pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), iaitu Aston Villa pada musim 2010 hingga 2015 dimana beliau membuat 36 penampilan dan menjaringkan 1 gol.

Selain itu, Herd juga pernah beraksi bersama beberapa kelab lain di England seperti Port Vale, Lincoln City, Bolton Wanderers dan Wigan Athletic. Pemain berusia 31 tahun turut mempunyai pengalaman beraksi bersama beberapa pasukan di negaranya seperti Western Sydney Wanderers dan Perth Glory.

Bola sepak Asia bukanlah asing bagi pemain itu kerana sebelum ini beliau menyarung jersi kelab Liga Thailand, Buriram United pada musim 2019 dan kelab lain seperti Chennaiyin FC dari India serta Sheikh Russel dari Bangladesh.

Malah, Herd juga mempunyai 7 kaps bersama skuad kebangsaan Australia dan membantu negaranya menjuarai Piala Asia pada tahun 2015 bersama beberapa pemain terkemuka dunia seperti Tim Cahill, Matthew Ryan dan Mitchell Langerak.

Sumber : https://www.vocketfc.com/rasmi-bekas-pemain-aston-villa-chris-herd-perkuat-benteng-pertahanan-terengganu-fc/