Saran MB Kedah rujuk KFA

ALOR SETAR: Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris mengesahkan sudah meletak jawatan susulan peralihan kerajaan negeri.

Beliau yang juga bekas Exco Belia dan Sukan negeri berkata, peletakan jawatan itu atas dasar prinsip apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Presiden KFA meletak jawatan Menteri Besar.

“Saya sudah letak jawatan minggu ini atas prinsip apabila kerajaan terdahulu bubar.

Peletakan jawatan ini kalau tidak melalui mesyuarat agung atau mesyuarat apa-apa pun, saya tetap menulis surat secara hitam putih untuk meletak jawatan.

“Surat peletakan jawatan ini ditulis kepada pengurusan KFA dan salinan kepada Timbalan Presiden KFA dan kemudian surat itu akan dipanjangkan kepada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).” katanya.

Berkaitan isu RM1.5 juta tungg4kan gaji yang didakwa sudah diluluskan sebelum ini, Asmirul meminta pihak kerajaan negeri yang baharu agar segera merujuk dan menyemak kepada pihak KFA berkaitan isu berkenaan.

“Saya berharap Menteri Besar baharu ini dapat merujuk terus kepada pihak KFA dan melihat surat berkaitan kelulusan oleh Menteri Besar yang terdahulu.

Saya yang tulis surat kepada bekas Menteri Besar dan beliau pula tulis surat kepada Pejabat Kewangan Negeri dan salinan berkenaan ada pada pihak KFA,” katanya.

Sumber : https://www.bharian[.]com.my/sukan/bola/2020/05/693730/saya-sudah-letak-jawatan