Sarawak United Umum Senarai Pemain

Sarawak United mengumumkan penyertaan Taylor Regan, Lee Chang-Hoon dari Korea Selatan, Sandro Mendoca dari Brazil serta Norshahrul Idlan Talaha sebagai pemain baharu bagi musim 2021.

Presiden SUFC, Datuk Posa Majais berkata, kemasukan nama-nama besar adalah bagi menyasarkan kelayakan ke Liga Super 2022.

“2020 merupakan tahun yang sukar bagi SUFC dan kesannya sudah pasti dapat dirasai menjelang musim 2021,” katanya dalam kenyataan.

“Justeru, pengurusan telah merangka pelan strategik jangka pendek dengan mengambil kira sasaran daripada para penyokong untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana atau sekurang-kurangnya naik ke Liga Super 2022.

“Bagi mencapai sasaran itu, kami menyedari kepentingan untuk melipat-gandakan usaha bagi menarik khidmat pemain-pemain yang boleh membantu SUFC naik ke Liga Super 2022.

“Kami mempunyai tanggungjawab kepada para penyokong, pemegang taruh, penaja dan negeri Sarawak untuk memastikan ‘The Golden Hornbills’ memacu Sarawak mencapai kejayaan di arean bola sepak.”

Sarawak United juga mengekalkan khidmat ketua jurulatih E. Elavarasan sekaligus berjaya menarik minat beberapa pemain yang ternama.

“Pengurusan telah menetapkan sasaran mereka dan saya menggunakan formula saya untuk menarik pemain-pemain ternama ini selain mengekalkan anak jati Sarawak di dalam skuad yang telah beraksi dengan baik pada musim lalu serta membawa beberapa pemain muda Sarawak yang berpotensi membawa pasukan ini lebih berjaya pada masa akan datang.

“Saya telah bertemu dan memberi tahu mereka bahawa anda perlu bersedia secara fizikal dan mental untuk musim yang panjang sebelum membuat keputusan untuk membawa mereka.”

Elavarasan turut menjelaskan penyertaan Taylor dan Sandro adalah berdasarkan pengalamannya bermain di peringkat tertinggi di Liga Super.

“Sandro adalah Sandro. Dia kaya dengan pengalaman dan merupakan antara tonggak import yang mewarnai Liga Malaysia. Pasukan memerlukan pemain yang boleh bersuara dan memimpin di bahagian tengah.

Selain itu, Sarawak United juga akan menerima kehadiran Norshahrul Idlan Talaha sebaik sahaja beliau pulang dari Thailand, malah pasukan itu turut berjaya mendapatkan pemain pertahanan, Amer Saidin.

“Saya teruja untuk bersama dengan skuad ini. Elavarasan telah mengumpul pemain muda dan berpengalaman yang membuatkan saya yakin pasukan boleh mencapai kejayaan pada musim depan,” kata Amer.

Senarai pemain Sarawak United 2021

Taylor Regan, Lee Chang-hoon, Sandro Mendonca, Norshahrul Idlan Talaha, Amer Saidin, Mohd Nor Haziq Mohd Aris, Tommy Mawat, Nor Shamie Iszuan, Shaiful Wazizi Mohammad, Aquila Abdul Rahman, Nor Azizi Ramlee, Abdul Rahim Abdul Razak, Alan Lagang Keryer, Ashri Chuchu, Abdul Rahman Ismawi, Zahrul Nizwan, Christie Jayaseelan, R. Gopinathan

Sumber : https://football-tribe.com/malaysia/2020/12/24/sarawak-united-umum-senarai-pemain-musim-2021/