Saya Akan Bersama Pasukan Lain

Pertahanan Kedah, Shakir Hamzah, akhirnya mendedahkan bakal meninggalkan skuad Lang Merah selepas dua tahun bersama pasukan tersebut.

Pemain kelahiran Singapura itu mendedahkannya menerusi akaun Instragram, dengan mengatakan ‘Selamat tinggal 2020, Terima kasih atas segalanya Kedah.’

“Ya, saya akan meninggalkan Kedah, selepas dua musim, saya akan bersama pasukan lain selepas ini. Saya amat bersyukur dan meninggalkan Kedah sesuatu yang perkara yang menyedihkan dan banyak pengalaman yang diraih sebelum ini.

https://www.instagram.com/p/CHjvUR0F1l1/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading

Ditanya mengenai tawaran bersama pasukan Liga Malaysia, Shakir berkata, “Tiada komen, jika ada rezeki, saya akan terus beraksi dalam saingan Liga-M.”

Sebelum bersama Kedah, pemain berusia 28 tahun itu telah beraksi untuk Home United, membuat 21 penampilan dan menjaringkan tiga gol.

Sumber : https://www.stadiumastro.com/sukan/liga-super-malaysia/artikel/selamat-tinggal-2020-terima-kasih-kedah-shakir/179634