“Saya mahu laporan rasmi”

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memohon penjelasan segera daripada Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) berhubung isu penamatan kontrak pemain dan pegawai kelab Perlis United yang didakwa dilakukan tanpa mengikut prosedur sah.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi berkata, beliau mahu isu membabitkan pasukan yang beraksi di sa!ngan Liga M3 itu diselesaikan segera tanpa perlu menunggu lebih lama kerana ia akan memberi imej tidak baik terutama kepada Liga Bolasepak Amatur (AFL).

“Saya tak dapat laporan lagi mengenai perkara ini dan apa cerita sebenarnya. Tetapi berdasarkan laporan media isu ini tak sepatut berlaku ketika kita sedang berdepan dengan w4bak Covid-19.

“Saya mahu laporan rasmi daripada PFA kerana mereka yang memberi sokongan kepada Perlis United untuk bertanding. Jadi ia juga adalah tanggungjawab mereka untuk memberi penjelasan mengenai status kelab itu sekarang,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Jelas Yusoff yang juga Pengerusi AFL, berikutan penamatan kontrak pemain dan pegawai itu, status kelab berkenaan kini menimbulkan tanda tanya adakah masih aktif atau sudah dibu_barkan.

“Sebab itu saya mahukan penjelasan daripada mereka. Sebab kalau dah tamatkan kontrak pemain, kalau liga mula balik selepas selesai isu Covid-19 ini, bagaimana dengan pemain mereka.

“Ini sebab tarikh pendaftaran pemain dah tutup bulan Mac hari itu. Jadi saya nak tahu juga, adakah Perlis United masih nak main atau tak.

“Lagipun macam saya kata tadi, kita kena selesaikan masalah ini dan jangan biarkan begitu saja. Sebab kita tak mahu ia jadi ikutan kelab AFL yang lain pula,” katanya.

Sementara itu, Presiden PFA, Zamri Ibrahim yang dihubungi akan memberi kerjasama sepenuhnya seperti mana diminta oleh Yusoff.

Bagaimanapun, Zamri menjelaskan pihaknya tidak tahu menahu mengenai isu membabitkan pasukan Perlis United dan pihaknya akan memanggil pengurusan kelab untuk mendapatkan gambaran sebenar.

“Kita (PFA) tak boleh campur tangan kerana itu pengurusan Perlis United. Saya akan hubungi dan dapatkan perkara sebenar mengenai apa yang berlaku,” kata Zamri.

Sumber : HM