Sedia Berdepan MBSA

“SAYA sedia berdamai dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tidak mahu mana-mana pihak menyimpan dend4m,” kata pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut.

Mohd Asri, 42, berkata, dia sedia berdepan dengan MBSA untuk berdamai dan membuat permohonan maaf.

“Memang ada perancangan saya untuk berjumpa dengan MBSA, saya juga ada membuat kesilapan yang mungkin boleh meny!nggung banyak pihak.

“Saya tidak mahu ada pihak yang menyimpan dend4m dan berg4duh mengenai isu ini,” katanya kepada Harian Metro di Kuala Lumpur ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, dia juga sedia untuk memperbaiki diri dan membetulkan seberang kesilapan yang dibuat.

“Kita sama-sama betulkan, sama-sama perbaiki dan sama-sama buat baik untuk negara.

“Selama ini, penjaja kecil tidak diberi perhatian dan hikmahnya kini ia adalah untuk permudahkan urusan semua pihak,” katanya.

Menjelaskan berhubung perniagaannya, Asri berkata, Hot Burger Malaysia adalah perniagaan yang memberi peluang kepada fakir miskin atau orang susah untuk memulakan perniagaan.

“Sejak enam tahun lalu, mereka ini diberikan peralatan percuma, modal permulaan dan gerai untuk membuka perniagaan dan menjual burger.

“Jadi, jika ada mana-mana pihak yang ingin membuat permohonan kita akan semak, tidak kira di mana termasuk di Sungai Buloh,” katanya.

Pada 8 Ogos lalu, Mohd Asri mengg3mparkan negara selepas memuat naik dua video siaran langsung yang mendedahkan masih wujud premis perjud!an aktif dan penjualan rokok selvdup di sekitar Sungai Buloh yang masih beroperasi tanpa sebarang tind4kan.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/611466/saya-sedia-berdamai-asri-janggut