Sekelip Mata Dibelasah dan Sekelip Mata Juga Dipecat

Pengendali Selangor, B Sathianathan sah tidak lagi bersama pasukan itu untuk baki Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ini selepas bekas pengendali skuad kebangsaan itu dipec4t oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dipercayai susulan kekalahan besar 6-1 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu lalu.

“Ya, saya bukan meletak jawatan tetapi saya dipec4t.

“Keputusan dibuat selepas pertemuan dengan pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), pagi tadi,” katanya.

Sementara itu, FAS memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan membabitkan perkara ini dijangka petang nanti.

Sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/09/733596/selangor-pecat-sathianathan