Selamat Kembali

Selamat Kembali!

Selepas tiga tahun meningg4lkan bumi Terengganu, kehadiran semula bekas arkitek T-Team kelahiran Mali, Makan Konate bukan sahaja dinantikan peminat setia skuad Penyu itu malah bekas rakan sepasukan Persebaya Surabaya, Indonesia, David Da Silva.

Peny3rang kelahiran Sao Paulo, Brazil yang meled4k 35 gol sepanjang 45 penampilan bersama kelab Surabaya itu bermula 2018, mengakui hantaran-hantaran dari Konate mampu membantunya mendapat segera rentak untuk meledak gol.

Konate pernah menyarung jersi T-Team selama dua musim bermula 2016 dan sepanjang 21 penampilan, pemain berketinggian 1.78 meter itu meledak enam gol selain membantu skuad itu mara ke separuh akhir Piala Malaysia pada 2016.

“Saya mula mengenali Konate sejak 2018 lagi. Walaupun hanya semusim bersama, dia seorang pemain tengah yang hebat selain berkemampuan menjaringkan gol. Selepas mendapat tahu TFC berminat mendapatkan kami berdua, saya gembira selain memasang impian untuk bergandingan sekali lagi seperti ketika mewakili kelab Persebaya Surabaya,” katanya.

Mengulas lanjut, pemain berusia 32 tahun berketinggian 1.85 meter yang meminati corak permainan legenda Brazil, Ronaldo bagaimanapun mengakui perlu sedikit masa untuk membentuk gandingan yang lebih mantap bersama rakan sepasukannya itu.

Musim ini TFC membariskan semua tenaga import baharu. Selain Silva dan Konate, barisan jurulatih skuad itu yang diketuai Nafuzi Zain turut merantai bekas pemain tengah Sabah musim lalu, Petrus Shitembi dari Namibia; Christopher Herd, Australia dan Carli De Murga dari Filipina.

Sumber : BH