Selangor FC buat kejutan

KUALA LUMPUR: Jodoh Karsten Neitzel bersama Selangor FC masih belum terlerai walaupun kelab itu melantik Michael Feichtenbeiner sebagai ketua jurulatih skuad The Red Giants yang baharu bagi musim depan.

Neitzel yang mengendalikan Selangor musim ini masih kekal bersama skuad itu, namun dia diturunkan pangkat menjadi penolong kepada Feichtenbeiner.

“Karsten Neitzel akan kekal dan terus menjadi tonggak penting dalam barisan kejurulatihan untuk tahun 2022 sebagai penolong ketua jurulatih pasukan utama.

“Pemahaman beliau mengenai keberadaan pasukan dalam mel4ksanakan falsafah bola sepak dan gaya permainan yang diterapkan oleh kelab amat bernilai dalam meneruskan projek pembangunan dan membantu ketua jurulatih pasukan utama mencapai tahap yang lebih tinggi.

“Selangor FC mengucapkan selam4t maju jaya kepada Karsten dan percaya kerjasama beliau bersama Michael Feichtenbeiner akan membuahkan hasil yang mampu membawa kejayaan kepada Kelab dalam masa terdekat,” kata kelab itu dalam kenyataan, hari ini.

Perkembangan yang dimaklumkan Selangor itu sekali gus menjawab persoalan mengenai nasib Neitzel selepas kelab itu, kelmarin membuat kejutan apabila mengumumkan Feichtenbeiner sebagai ketua jurulatih pasukan utama Red Giants bagi musim depan dan menyambung semula jawatannya sebagai Pengarah Sukan Kelab.

Pengerusi Jawatanku4sa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menjelaskan pihaknya sudah melihat kebolehan yang ditunjukkan Feichtenbeiner itu ketika beliau berkhidmat sebagai ketua jurulatih sementara musim lalu.

Sumber : BH