Selepas Selesai, Ucap Selamat Tinggal

Selepas lengkapkan penswastaan kelab, Felda United tarik diri dari Liga Malaysia

Felda United tidak akan bersaing lagi di Liga Malaysia bermula musim depan.

Ini meskipun pasukan itu umum berjaya melengkapkan penswastaan kelab pada 29 September yang lalu.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Felda yang membuat keputusan untuk mengambilalih pentadbiran dan pengurusan Kelab Bola Sepak Felda United dan anak syarikatnya, The Fighters Sdn Bhd bermula 1 September lalu.

“Tujuan utama pengambilalihan oleh Felda adalah bagi mengawal perbelanjaan serta memastikan penyelarasan program-program sukan yang dirancang serta dilaksanakan lebih patuh kepada garis panduan pengurusan pentadbiran, prosedur perolehan, pengurusan kewangan serta penilaian risiko.

“Justeru, penglibatan Felda United FC dalam perlawanan bola sepak adalah sehingga musim 2020 sahaja. Mulai tahun 2021, kelab ini tidak akan lagi menyertai Liga Super Malaysia dan Liga Premier Malaysia,” kata Felda dalam kenyataan.

Keputusan itu menyebabkan 16 orang kakitangan pasukan kehilangan kerja namun mereka akan dibayar pampasan penamatan perkhidmatan mengikut syarat-syarat pelantikan yang telah dipersetujui oleh pengurusan Felda United dan notis makluman serahan tugas telah diberikan pada 17 Sept kepada kakitangan yang terlibat.

Sumber : https://football-tribe.com/malaysia/2020/10/05/selepas-lengkapkan-penswastaan-kelab-felda-united-tarik-diri-dari-liga-malaysia/