Terima Kasih dan Semoga Berjaya

Melaka United mengambil tindakan dr4stik apabila menggu*gurkan lapan pemain sebagai persiapan musim 2021.

Ketua pasukan mereka, Safiq Rahim, antara nama yang tidak dilanjutkan kontrak ketika diumumkan dalam Sidang Media Khas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, di Bilik Media MUSA Stadium Hang Jebat, petang tadi.

Sepanjang dua musim bersama Melaka sejak meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq membuat 32 penampilan dengan merekodkan empat gol.

“Jumlah pemain tempatan yang kami sedang bincang untuk kekalkan ialah sembilan orang.

“Pemain Melaka B-21 seramai enam orang pula akan diserapkan (dalam skuad senior) cuma dua pemain import masih lagi dalam perbincangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United FC, Datuk Saiful Mat Sapri, ketika dihubungi wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, hari ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas lanjut kedudukannya, bekas tonggak tengah kebangsaan tersebut menjelaskan akan berkongsi perkembangannya sedikit masa lagi.

https://www.facebook.com/MelakaUnitedSA/posts/2989664147928307

Sumber : https://www.stadiumastro.com/sukan/liga-super-malaysia/artikel/melaka-united-lepaskan-safiq/180777