Senarai Pasukan Yang Diluluskan MFL

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengesahkan sebanyak lapan pasukan CIMB Liga Super dan lapan wakil Liga Premier sudah mendapat kelulusan untuk mengadakan sesi latihan bagi fasa 1.

Pasukan-pasukan CIMB Liga Super yang sudah lulus permohonan adalah UiTM FC, Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC (TFC), Perak, Melaka, Felda United FC dan Kedah.

Manakala bakinya melibatkan pasukan Liga Premier iaitu Negeri Sembilan, Selangor 2, JDT II, TFC II, Pulau Pinang, Kuching FA, Perak II dan Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, pasukan-pasukan terbabit telah lulus permohonan selepas melengkapkan dokumen iaitu laporan keputusan ujian calitan ‘swab test’, venue latihan berdaftar dan sudah melalui proses nyahkuman atau sanitasi, surat pengesahan ujian saringan oleh doktor pasukan serta melantik pegawai penyelaras.

Jelas lagi Dato’ Ab Ghani, beliau memuji setiap komitmen yang telah ditunjukkan oleh pasukan-pasukan terbabit yang turut mematuhi arahan serta Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan sepanjang menjalani sesi latihan fasa 1 mulai 15 Jun lalu selepas mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, proses kepada fasa 2 akan menjadi lebih cerah jika kesemua pasukan patuh serta disiplin mengikuti SOP ketika menjalani sesi latihan dalam fasa 1 selain situasi penularan pand3mik COVID-19 di negara yang dilihat semakin pulih.

Lebih tepat, ia turut mencerahkan peluang untuk memulakan kempen Liga Malaysia lebih awal di mana perancangan sebelum ini menyambung kembali aksi domestik pada September ini.

“Latihan fasa 1 bakal menjadi penanda aras penting buat pasukan sebelum pengendali liga tempatan itu melanjutkan proses kepada fasa 2.

“Saya turut melihat setiap pasukan telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan iaitu perlu mematuhi penjarakkan sosial di mana sekurang-kurangnya 3-5 meter untuk aktiviti dinamik seperti latihan bola sepak.

“Saya berharap kesemua pasukan yang telah memberikan kerjasama penuh ini dapat memastikan perubahan fasa sesi latihan ini kepada fasa 2 dapat dilaksanakan dengan lebih cepat,” katanya.

Sementara itu, permohonan PJ City FC yang telah lulus laporan keputusan ujian calitan, surat pengesahan ujian saringan oleh doktor pasukan dan nama pegawai penyelaras, masih belum selesai disebabkan mereka masih di dalam peringkat pengesahan venue latihan.

Tiga wakil CIMB Liga Super, Pahang, PDRM dan Sabah dan empat pasukan Liga Premier iaitu Kelantan, Kelantan United FC, UKM FC dan Sarawak United FC masing-masing masih belum menghantar permohonan untuk sesi latihan fasa 1.

Ini kerana pasukan-pasukan yang di dalam proses melengkapkan permohonan masih di dalam proses menunggu keputusan ujian ‘swab test’.

“Kita difahamkan pasukan-pasukan yang belum memulakan latihan ini sedang dalam proses melengkapkan dokumen yang diperlukan MFL dan saya percaya ia akan selesai dalam sedikit masa lagi.

“Kita berharap supaya semua pasukan bersedia lebih awal jika kita mendapat kelulusan untuk memulakan liga lebih awal iaitu pada Ogos nanti. Jika ini dapat dilaksanakan, ia bukan sahaja memberi kelebihan kepada semua pasukan di mana jadual perlawanan liga dan Piala Malaysia tidak akan padat malah, turut akan membantu persiapan skuad kebangsaan bagi mengharungi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“Bagaimanapun, jika sa!ngan Liga Malaysia dapat dipercepatkan pada Ogos berbanding September, sa!ngan CIMB Liga Super dan Liga Premier akan tetap mengikut jadual seperti yang ditetapkan sebelum ini serta format TM Piala Malaysia juga tidak berubah.

“Jadual Liga Malaysia menjadi kurang padat dan pasukan-pasukan memiliki masa rehat yang lebih baik selain daripada persiapan, ia akan menjadi lebih baik kepada pasukan kebangsaan bagi jadual Piala AFF Suzuki dan kelayakan Piala Dunia/Asia selain manfaat kepada wakil negara, JDT bagi jadual Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Sebelum ini, Malaysian Football League (MFL) merancang meneruskan pertandingan CIMB Liga Super, Liga Premier pada 1-2 September 2020 dan akan berakhir pada 26-27 September 2020 dengan sa!ngan secara separuh liga sahaja manakala TM Piala Malaysia pula akan berlangsung pada 17-18 Oktober 2020 hingga 7 November sementara Shopee Piala FA dan Challenge Cup dibatalkan.

Sumber : vocketfc.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Ikuti kami di Channel Telegram Informasi Terkini klik: https://t.me/informasikini