“Seseorang” nak beli kasut emas Khalid?

” Siapa yang tidak sayangkan koleksi berharga itu namun terpaksa dilakukan demi meneruskan kehidupan apabila tidak mempunyai pendapatan tetap selama tiga tahun,”

Demikian luahkan bekas penyerang sensasi Harimau Malaya, Khalid Jamlus.

Khalid ketika dihubungi Arena Metro berkata, tindakan terbabit dilakukan selepas memikirkan dan berbincang dengan beberapa individu lain sebelum mengambil keputusan menjual segala koleksi peribadi yang boleh dikatakan antara barangan paling disayangi.

Beliau berkata, sepanjang tempoh tiga tahun tanpa sebarang pekerjaan sememangnya situasi yang cukup sukar ditambah lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, sekali gus memeritkan lagi kehidupan tanpa sebarang pendapatan tetap.

” Apa yang saya buat untuk teruskan kehidupan, jadi perlu jual koleksi peribadi itu dan tidak perlu cerita puncanya namun siapa yang melalui situasi berkenaan akan faham situasi berkenaan.

” Cukup berat atau susah untuk menjual koleksi berkenaan namun itu adalah ‘harga’ yang perlu dibayar untuk teruskan kehidupan.

” Walaupun cukup sukar namun berfikiran positif kerana apa yang dimiliki itu tidak akan kekal,” katanya.

Sebelum itu, tindakan Khalid menjual jersi dan medal kemenangan termasuk trofi kasut emas yang dimenanginya pada 2002 cukup mengejutkan ramai pihak, sekali gus membongkar kehidupan sukar pemain berkenaan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.

Mengikut rekod, kali terakhir beliau memimpin pasukan dalam saingan Liga Malaysia adalah sebagai penolong jurulatih PDRM FA tiga tahun lalu dengan memiliki lesen kelas B.

Dibeli individu pada harga RM10,500

Sementara itu, Khalid telah membuat lelongan kasut emasnya itu menerusi ‘live’ di Facebook dan dijual pada harga RM10,500.

Sekitar 1,000 orang menyertai sesi LIVE tersebut dan pelbagai barangan peribadi Khalid Jamlus seperti poster, jersi serta medal yang dimenangi sepanjang karier beliau telah dibuka untuk bidaan semalam.

Kasut emas sebagai penjaring terbanyak saingan Liga Perdana 1 musim 2002 itu dianugerahkan kepada Khalid Jamlus selepas berjaya membawa Perak muncul sebagai juara dan beliau merekodkan 17 gol liga pada musim itu.

Beberapa lagi barangan lain seperti jersi Eintrach Frankfurt juga berjaya dibida oleh peminat selain medal kejuaraan yang pernah diraih ketika berada dalam zaman kegemilangannya.

Mungkin ramai bertanyakan mengapa Khalid Jamlus ‘tolak’ barang yang memiliki sentimental value seperti ini namun berdasarkan penjelasan yang dikongsikan sendiri oleh Khalid Jamlus dalam sesi bidaan itu, beliau sudah 3 tahun tidak mempunyai job dan mungkin faktor kewangan serta survival menjadi punca utama.

Bagaimanapun, dia tidak mahu dikecam atas tindakan ini kerana baginya situasi semasa mungkin amat sukar untuknya dan ini adalah hak dirinya untuk meneruskan survival dalam situasi dunia yang tidak menentu.

Peminat Khalid mahu beli dan hadiahkan semula kepada Khalid

Selepas tular kisah mahu menjual kasut emas tersebut, Khalid menerima komen seorang individu yang berminat mahu membeli.

Menariknya, individu tersebut tidak berniat untuk menyimpan kasut emas tersebut sebaliknya mahu menghadiahkan semula kepada Khalid.

” Ada lagi tak kasut emas Khalid Jamlus? Saya sanggup beli..saya akan hadiahkan balik kasut tu masa hari jadi awak nanti.. peminat awak sejak kecik lagi.. best football player”

Sumber : http://limauais.pw/2020/07/06/peminat-hadiah-khalid-jamlus