Setelah “koyak” pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2021, JDT tandatangi bintang Liga Itali

JOHOR BAHRU: Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasmi mengumumkan Fernando Forestieri menyertai pasukan itu bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) dan sa!ngan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Pengumuman itu dilakukan di laman rasmi Johor Southern Tigers menerusi video berdurasi 44 saat yang meny4ksikan bekas bintang kelab Liga Itali Serie A, Udinese itu dibawa dengan sebuah kereta mewah ke ibu pejabat JDT di Iskandar Puteri.

Pemain yang pernah menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Sheffield Wednesday pada musim 2015 hingga 2020 itu jelas teruja apabila dilamar juara Liga Super lapan musim berturvt-turvt berken4an.

“Saya telah mendengar dan melihat perkara mengenai projek bola sepak JDT. Sebab itu saya membuat keputusan inilah hala tuju saya.

“Saya teruja untuk memulakan perjalanan ini bersama JDT,” kata Forestieri menerusi kenyataan di dalam video berken4an.

Forestieri yang berasal dari Rosario, Argentina pernah menyertai skuad bawah 21 tahun Azzurri dengan kariernya banyak tertumpu di Eropah apabila menyertai kelab di Itali dan England.

Pengesahan itu, bermakna lengkap sudah pembvruan JDT untuk mendapat pemain import yang akan digandingkan dengan Bergson Da Silva dan ia pasti menambah cengkaman pasukan itu di posisi ser4ngan.

JDT yang masih di bawah kendalian Benjamin Mora akan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi mengadakan siri jelajah pramusim bermula pada 25 Januari ini dan akan mengadakan beberapa perlaw4nan persahabatan menent4ng kelab dari Slovakia iaitu MSK Zilina, Riga FC dari Latvia, Rodina Moscow dan Spartak Moscow dari Russia.

Sumber : BH