Bakal Perkuat Jentera Serangan

KUANTAN: Sri Pahang FC mengesahkan tiga pemain baharu menyertai pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Mereka adalah dua bekas pemain FELDA United FC, Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin dan Mohamad Ezanie Mat Salleh serta bekas pemain Perak, Mohamad Hafiz Hamdan.

Pengesahan tiga pemain berkenaan itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang.

“Dengan kehadiran tiga pemain ini diharap membantu memperkuatkan jentera pasukan selepas beberapa pemain musim lalu tidak dilanjutkan kontrak. Pengalaman dimiliki mereka, diharap memberi kelebihan buat pasukan dalam mempamerkan prestasi terbaik musim ini,” katanya.

Musim ini, Sri Pahang mempertaruhkan 80 peratus anak jati Pahang untuk melakar kejayaan musim 2021. Antaranya adalah Abdul Malik Mat Ariff, Shahrul Aizad Zulkifli, Baqiuddin Shamsudin dan Muhammad Jadid Ilias.

Namun, ia masih mengekalkan pemain senior antaranya Helmi Eliza Elias dan Muslim Ahmad selain tiga pemain import, Lee Tuck, Sergio Ag├╝ero dan Harold Goulon.

Sumber : BH