Status Kedah, TFC Saingan AFC

KUALA LUMPUR: Dua wakil negara di pentas Piala AFC iaitu Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Terengganu FC (TFC) akhirnya mengetahui pencabar yang bakal menghalang impian mereka daripada meraih trofi terbabit.

Menerusi undian yang selesai dijalankan sebentar tadi, KDA FC diundi dalam Kumpulan H bersama wakil Vietnam, Saigon dan wakil dari Singapura, Lion City Sailors.

Bagaimanapun, mereka masih perlu menunggu satu lagi lawan mereka dalam Kumpulan H selepas satu slot terbabit akan diisi pemenang ‘play-off’.

Sementara itu, skuad ‘Penyu’ pula diundi dalam Kumpulan I bersama naib juara Liga Filipina, Kaya FC serta satu lagi pasukan dari seberang tambak, Geylang International dan wakil Myanmar sama ada Shan United atau Ayeyawady United.

Sebagai rekod, saingan peringkat kumpulan Piala AFC akan berlangsung di Zon Selatan, Tengah dan Timur pada 14 Mei sebelum Zon Barat bermula pada 23 Mei diikuti Zon ASEAN yang dijadual bermula pada 22 hingga 28 Jun dengan saingan berlangsung dengan format ’round robin’.

Sumber : BH