Status Menjadi Tanda Tanya

Perak memulakan langkah untuk mempersiapkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila mengekalkan tiga pemain utama.

Menurut laporan wartawan The Star, T.Avineshwaran, tiga pemain yang dimaksudkan ialah Firdaus Saiyadi, Amirul Azhan Aznan dan Idris Ahmad.

Ketiga-tiga pemain ini difahamkan masih mempunyai baki kontrak selama semusim sekaligus bakal terus menyarung jersi skuad The Boss Gaurus musim hadapan.

Ketika tiga pemain ini sah kekal bersama Perak, masa depan penyerang utama, Shahrel Fikri masih menjadi tanda tanya sama ada beliau turut kekal atau berhijrah ke pasukan lain.

Setelah menampilkan prestasi memberangsangkan dalam saingan Liga Super dimana beliau menjaringkan 10 gol, beberapa pasukan dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Eki.

Salah satu pasukan dari Lembah Klang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Eki, namun sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara tersebut.

Setelah menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga, Mehmet Durakovic sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan pasukan musim hadapan.

Sumber : https://www.vocketfc.com/perak-kekalkan-tiga-pemain-bagi-hadapi-saingan-liga-malaysia-2021/