Bakal sarung jersi Hijau Kuning

ALOR SETAR: Syafiq Ahmad kini hampir kembali ke Kedah selepas pengurusan Johor Darul Ta’zim (JDT) memaklumkan sedang berbincang untuk meminjamkan peny3rang itu ke kelab lain baru-baru ini.

Perkembangan itu sekali gus membawa berita positif buat skuad Kedah Darul Aman (KDA) FC yang dilihat berusaha ker4s bagi mendapatkan sentuhan peny3rang itu yang pernah ber4ksi bersama skuad Hijau Kuning pada musim 2015 hingga 2017 ketika di bawah kendalian ketua jurulatih Tan Cheng Hoe.

Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata, pihaknya sudah mengadakan rundingan dengan JDT bagi mendapatkan Syafiq.

“KDA juga sudah menghubungi Syafiq bagi mendapatkan kepastian sama ada beliau mahu kembali ber4ksi di Kedah atau tidak.

“Alhamdulillah, beliau telah memberi re4ksi yang diharapkan dan keputusan kini terletak di tangan pengurusan JDT,” katanya.

Sumber – BH