Sarung jersi JDT?

KUALA LUMPUR: Selangor FC mengumumkan bahawa tonggak pertahanannya, Syahmi Safari tidak lagi akan bersama Gergasi Merah musim depan.

Skuad Lembah Klang itu menjelaskan Syahmi dilepaskan selepas kedua-dua belah pihak mengambil keputusan untuk menam4tkan kontrak secara persetujuan bersama.

Susulan dari itu, khabar angin kini bertiup kenc4ng khususnya di media sosial bahawa pemain kebangsaan berusia 23 tahun itu bakal menyertai juara Liga Super lapan kali berturvt-turvt, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Malah, berdasarkan penjelasan dari Selangor FC, kelab itu mendapat pampasan yang tinggi dengan melepaskan Syahmi selepas dia masih memiliki baki kontrak hingga 2023 bersama Gergasi Merah.

“Biarpun ber4t untuk kelab melepaskan Syahmi, persetujuan bersama ini dibuat berdasarkan pembayaran pampasan yang boleh membiayai pelbagai program pembangunan bola sepak di Negeri Selangor.

“Selain itu, kelab juga hanya bersetuju apabila terdapat kehadiran pemain yang berkebolehan dan berkualiti untuk mengisi kekosongan ini.

“Selangor FC amat menghargai khidmatnya bersama Gergasi Merah dan mengucapkan selam4t maju jaya kepada Wak Mi (Syahmi) di dalam karier bola sepaknya,” jelas Selangor FC.

Pada 2019, Selangor dilaporkan meletakkan klausa pelepasan RM6 juta buat Syahmi dengan dia menandatangani kontrak selama lima tahun pada ketika itu.

Sumber – BH