Tak akan bagi muka lagi

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengumumkan pihaknya tidak akan bertolak ansur lagi berhubung sebarang isu tungg4kan gaji melibatkan pasukan Liga Malaysia pada masa akan datang.

Katanya, walaupun FAM berulang kali memberikan peluang kepada pasukan supaya menyelesaikan isu tungg4kan gaji masing-masing, namun pihak majikan seolah-olah tidak belajar daripada kelemahan dalam menguruskan kewangan pasukan.

“Kita sering menerima mas4lah tungg4kan gaji melibatkan pemain serta pegawai pasukan,” katanya kepada Sukan Sinar.

“Kebiasaannya, kita akan mengambil langkah yang rasional dan keputusan yang praktikal demi kepentingan semua pihak yang terlibat

“Bagaimanapun, selepas ini kita akan bert3gas dalam perkara ini dan tidak akan berlembut lagi kerana kita sentiasa lakukan yang terbaik untuk selesaikan masalah berkenaan.”

Setakat ini, terdapat tiga buah pasukan Liga Super yang berdepan masalah tungg4kan gaji iaitu Kedah, Melaka dan PDRM manakala Kelantan FA dari Liga Perdana berdepan masalah tungg4kan gaji bekas pemain dari musim sebelum ini.

Sumber : https://football-tribe[.]com/malaysia/2020/05/30/fam-tiada-lagi-tolak-ansur-kepada-pasukan-yang-gagal-bayar-gaji-pemain/