Tak layan “lakonan” sampah pemain

Kuala Lumpur: Aksi final Piala Malaysia edisi ke-100 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi dianggap terbaik oleh sebahagian besar penyokong bola sepak tanah air.

Ini kerana bukan semata-mata disebabkan Kuala Lumpur City FC (KL City) berjaya menumbang Johor Darul Ta’zim (JDT) namun lebih kepada ‘persembahan’ mantap yang ditampilkan oleh pengadil perlaw4nan, Razlan Joffri Ali.

Razlan dilihat membuat keputusan yang tepat dan tidak melayan seb4rang ‘lakonan’ oleh pemain kedua-dua pasukan untuk meraih simpati memperoleh sepakan percuma.

Malah, netizen juga menganggap pengadil yang berasal dari Setiu, Terengganu itu antara contoh pengadil kelas A yang dimiliki negara ketika ini.

Pemerh4tian sepanjang tempoh perlaw4nan malam tadi meny4ksikan Razlan bijak mengawal perlakuan pemain daripada bertind4k di luar batasan.

Selain itu, hasil ‘risikan’ netizen terhadap latar bel4kang Razlan itu mendapati beliau bukanlah calang-calang pengadil dan turvt penuh ilmu di dada.

Razlan adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga mempunyai Sijil Kejurulatihan termasuklah mempunyai kelayakan sebagai pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Malah, beliau juga sebelum ini berpengalaman mengadili perlaw4nan membabitkan peringkat AFC dan FIFA.

Sumber : HM