Tak Puas Hati

Pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melalui unit media hari ini mengumumkan sebanyak 300 penyertaan telah diterima dalam pertandingan mereka cipta logo baharu pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA).

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan tiada had penyertaan penjenamaan logo KDA. Setiap peserta perlu menghantar rekaan logo tersebut dalam format JPEG/PNG serta vektor Ai.

Bagaimanapun, KFA menjelaskan pihaknya masih tidak berpuas hati dengan kualiti hasil karya penyertaan yang telah diterima.

“Melalui tinjauan awal, 90% penyertaan dikategorikan sebagai ‘joy participant’ yang belum mencapai tahap karya yang professional dan agak luar jangkaan sebenarnya jika dinilai kualiti dari tahap piawai.

“Semangat peminat cukup dipuji dalam menghantar penyertaan namun biarlah berpijak dibumi yang nyata terutamanya aspek latarbelakang pereka yang boleh dikatakan tiada ilmu mereka bentuk grafik/logo.

“Tanpa asas rekabentuk grafik sudah pasti hasil karya dihasilkan cukup mengecewakan,” kata kenyataan daripada KFA.

https://www.facebook.com/kedahfa.my/photos/a.747141638651649/3796830297016086/?type=3

Mereka juga kecewa kerana kebanyakan peserta tidak menghantar portfolio huraian terperinci mengenai rekaan logo tersebut dalam format PDF.

“Selain hanya sekadar menghantar logo semata-mata, langsung tiada atau persediaan ala kadar dalam portfolio penjenamaan yang lengkap bagi rujukan pihak KFA,” tambahnya.

Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Oktober 2020 jam 11.59 malam. Justeru itu, KFA berharap dapat melihat hasil karya terbaik sebelum 10 logo terpilih akan dipamerkan kepada umum di saluran media sosial Kedah FA.

Panel pemilihan peraduan terdiri dari wakil pengurusan tertinggi KFA dan pereka grafik berpengalaman.

Selain itu, setiap peserta juga wajib letak simbol 17 butir padi pada logo tersebut. Angka 17 diterjemah kepada jumlah rakaat dalam 5 waktu solat dalam sehari. Ia turut terdapat pada jata bendera negeri Kedah.

Sumber : https://www.vocketfc.com/90-peratus-penyertaan-reka-cipta-logo-kedah-belum-capai-tahap-karya-professional/