“Tegur dengan cara yang lebih mudah diterima”

KUALA LUMPUR: ‘Tembakan’ Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris terhadap Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disifatkan tidak wajar dan dikhuatiri mem4kan diri sendiri.

Ini kerana KFA tidak seharusnya menuding jari kepada kedua-dua pihak terbabit atas kem3lut tunggakan gaji yang dialami pasukan itu memandangkan ia sebenarnya boleh diselesaikan secara dalaman.

Pengerusi Kelab Penyokong Jaguh Utara, Mohd Safarizal Mohd Sobri berpendapat tindakan Asmirul itu kemungkinan dibuat atas dasar emosi namun mereka memahami kek4ngan yang menyebabkan kem3lut terbabit berlaku.

“Sepatutnya KFA tidak perlu membawa isu ini ke pihak yang lebih tinggi sehingga membabitkan FAM dan MFL kerana kami tahu KFA boleh menyelesaikannya tanpa sebarang masalah.

“Semua pun tahu Kedah menjadi pasukan yang paling lant4ng menyuarakan pendapat seperti agihan hak penyiaran musim lalu, jadi niatnya semata-mata untuk berjuang demi pasukan tetapi mungkin tindakannya berada di luar kawalan.

“Bagaimanapun, kami ambil maklum dengan situasi semasa dan tunggakan gaji itu pun sebenarnya bukanlah isu yang begitu serius seperti yang digembar-gemburkan beberapa pihak,” katanya.

Kelmarin, Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam tampil menafikan tudu_han yang dil3mparkan Asmirul Anuar Aris terhadap badan induk itu.

Beliau menyifatkan kenyataan Asmirul hanya bertujuan untuk menutup kesalahan pihaknya sendiri berkaitan kelewatan pembayaran gaji pemain Kedah.

Sementara itu, Safarizal turut mengharapkan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya dapat berkongsi sumber yang jelas yang menyatakan pasukan Kedah berdepan tunggakan gaji yang serius.

“Kita terbuka menerima pendapat namun janganlah ia seolah-olah membelakangkan KFA. Kalau betul Tunku Ismail mahu membantu profesion bola sepak kita, mungkin beliau boleh men3gur dengan cara yang lebih mudah diterima.

“Pada pendapat saya, tidak manis apabila perkara seperti itu dihebohkan menerusi akaun rasmi pasukan lain,” katanya.

Sumber : BH