Teka-Teki Kini Terjawab

KELAB Thailand, Police Tero FC secara rasmi mengesahkan status pemain natur4lisasi Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh bersama kelab itu dalam sa!ngan Liga Thailand musim baharu yang dijadual bermula Sabtu ini.

Menerusi pengumuman di laman rasmi Facebook kelab itu, Sumareh bakal menggunakan jersi bernombor 13 dan dijangka menyertai latihan selepas habis tempoh kuarantin yang perlu dilaluinya untuk masuk ke negara Gajah Per4ng itu.

Pemain sayap kelahiran Gambia itu juga turut memberikan ucapan menerusi video ringkas yang dipaparkan.

“Hello kepada semua penyokong pasukan Police Tero FC, saya Mohamadou Sumareh. Jumpa anda nanti di Bangkok, terima kasih,” katanya.

Melalui pengumuman itu, ia sekali gus menamatkan teka-teki mengenai masa depannya selepas dia tidak hadir menjalani latihan bersama Pahang bulan lalu.

Sebagai rekod, ketika ini dua pemain negara turut beraksi di Liga Thailand iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Dominic Tan.

Norshahrul beraksi buat kelab BG Pathum United manakala Dominic bakal menjadi rakan sepelatih Sumareh di Police Tero FC.

Suumber : https://www.hmetro.com.my/arena/2020/09/618116/sumareh-kini-sah-milik-police-tero-fc