Teka-teki kini terjawab

ISU perpindahan bekas tekong negara, Zulkifli Abd Razak bersama pasukan Kelantan Warriors akhirnya terlerai apabila pemain itu sah menjadi milik skuad Terengganu Turtles dalam mengharungi saingan Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) yang dijadualkan bermula pada 2 September ini.

Pengesahan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah yang mengakui sudah mencapai kata sepakat dengan pemain kelahiran Terengganu itu.

Beliau juga turut akui pihak pengurusan Kelantan Warriors juga sudah bersetuju dan akur selepas pemain itu tidak dilepaskan bermain dengan pasukan itu musim ini.

“Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan pemain itu sah menjadi milik Terengganu selepas persetujuan dicapai antara kedua-dua belah pihak selain pihak pengurusan Kelantan Warriors.

“Lagipun pemain itu memaklumkan berminat beraksi bersama dengan Terengganu dan dalam masa sama Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT) juga berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu, jadi sekarang isu dia berpindah ke Kelantan tidak timbul lagi,” kata Wan Sukairi.

Ketika ditanya punca pemain yang lebih mesra dipanggil Sobey itu menerima tawaran Kelantan Warriors sebelum ini, Wan Sukairi enggan mengulas lebih lanjut sebaliknya menjelaskan pemain itu sudah meletakkan syarat jika pasukan berkenaan mahu dapatkan khidmatnya musim ini.

“Pemain itu memberikan syarat persatuan itu perlu berhubung dengan PSNT terlebih dahulu selain perlu mendapatkan pelepasan daripada majikannya jika berminat mendapatkan khidmatnya,” katanya.

Semalam, jurulatih Terengganu Turtles, Mohd Futra Abdul Ghani akui terkejut selepas mendapat perkhabaran pemain berkenaan yang sudah didaftarkan beraksi bersama pasukannya menerima tawaran daripada Kelantan Warriors.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Ikuti kami di Channel Telegram Informasi Terkini klik: https://t.me/informasikini