Terima Tawaran Kelab Luar Negara? Ini Komen Lagenda TRW

“PEMAIN muda negara terutamanya dinasihat tidak perlu terburu-buru dan meneliti terlebih dahulu segala terma perjanjian sebelum menerima tawaran dari kelab luar negara,” kata bekas pemain kebangsaan dan Kelantan era-80an, Hashim Mustapha.

Beliau berkata, mereka perlu meneliti aspek antaranya kemudahan yang disediakan oleh kelab terbabit adakah lebih baik berbanding pasukan yang mereka beraksi pada saingan Liga M ketika ini.

“Begitu juga peluang untuk beraksi bukan sekadar terima tawaran untuk ‘memanaskan bangku simpanan’ selain perlu mengetahui kelab itu bersaing pada divisyen yang lebih tinggi,” katanya.

Ketika ini, pemain muda kebangsaan Luqman Hakim Shamsudin dikaitkan mendapat tawaran kontrak lima tahun beraksi di Belgium bersama kelab KV Kortrijk.

Selain Luqman, pemain negara yang beraksi pada saingan liga luar ialah Hadi Fayyadh Abdul Razak bersama Fagiano Okayama (Jepun), Norshahrul Idlan Talaha bersama BG Pathum United (Thailand) dan Dominic Tan bersama Kelab Police Tero (Thailand).

Mohd Hashim berkata pemain yang bersama dan bakal bersama kelab luar diharap dapat bertahan lama dan tidak berhijrah hanya untuk jangka masa yang pendek.

sumber : HM

Katanya perkembangan itu menunjukkan arena bola sepak negara mula menjadi perhatian kelab-kelab luar untuk mendapatkan pemain negara.

“Pemain perlu berani membuat perubahan dengan bijaksana bagi memajukan karier bola sepak mereka,” katanya.

Sumber : https://www.bharian[.com.]my/sukan/bola/2020/06/702355/usah-terima-tawaran-panaskan-bangku-simpanan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.