
Penjaga gol Felda United, Muhaimin Mohamad sekali lagi mencipta nama apabila berjaya membantu pasukannya meraih keputusan seri 1-1 dan menghal4ng JDT daripada meraih kemenangan keempat berturut-turut musim ini.
Pemain berusia 28 tahun itu menyel4matkan sep4kan penalti Gonzalo Cabrera, sekaligus menjadi pasukan pertama Liga Super meraih mata di Stadium Sultan Ibrahim.
62' | Sepakan penalti Gonzalo Cabrera diselamatkan oleh penjaga gol @feldaunitedfc, Muhaimin Mohamad!#CIMBLigaSuper2020#JDTFEL#MFLLive pic.twitter.com/hEvOwFgnzI
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 14, 2020
Namun tidak ramai yang sedar bahawa Muhaimin juga pernah mengh4lang JDT daripada meraih kemenangan di Larkin musim lepas.
Tahun lalu, dia beraksi dengan PJ City dan berjaya mengh4lang segala as4kan ser4ngan tuan rumah dan membawa pulang tiga mata selepas menew4skan JDT 1-0 di Johor Bahru hasil jaringan Washington Brandao.
Musim ini, Muhaimin sekali lagi berjaya mengh4lang JDT daripada meraih kemenangan di laman sendiri.
Jurulatih Nidzam Jamil terk3jut dengan prestasi Muhaimin ketika men3ntang JDT.
“Secara kebetulan Muhaimin pernah menang lawan JDT semasa beraksi di PJ City. Sebelum perlawanan dia ada buat kerja rumah dari aspek penalti dan sep4kan penjuru dan nampaknya ia berhasil.
“Sikapnya dalam tiga perlawanan setakat ini sangat bagus dan saya harap dia boleh kekalkan prestasi untuk perlawanan seterusnya.”
Mungkin JDT perlu mempertimbangkan untuk menandatangani Muhaimin pada musim depan.
Sumber : football-tribe