Dikhabarkan Mengadakan Rundingan Dengan Dua Pasukan

Bekas penyerang sensasi negara, Safee Sali dikhabarkan mengadakan rundingan bersama dua pasukan sekaligus memberi isyarat kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana dua pasukan yang dimaksudkan ialah pendatang baharu Liga Super, Kuala Lumpur dan pasukan dari Borneo iaitu Sabah.

Setelah dua musim beraksi bersama Petaling Jaya City FC, kontrak pemenang Piala AFF Suzuki 2010 itu tidak disambung sekaligus memaksa beliau untuk mencari kelab baharu pada saingan musim 2021 nanti.

Meskipun sudah menginjak usia 36 tahun, namun Safee enggan untuk menggantung kasut beliau dari dunia bola sepak profesional dan masih mempunyai semangat untuk beraksi di peringkat tertinggi dalam kancah bola sepak tanah air.

Sepanjang karier Safee, beliau pernah menyarung jersi Kuala Lumpur selama dua musim iaitu pada 2003 hingga 2005 sebelum berhijrah ke Sarawak. Safee juga mempunyai pengalaman beraksi di luar Malaysia apabila pernah menyarung jersi kelab Indonesia, Pelita Jaya.

Pengalaman Safee Sali dilihat mampu untuk membantu Kuala Lumpur dan Sabah bagi memperkuatkan jentera serangan memandangkan kedua-dua pasukan akan beraksi di saingan Liga Super.

Sumber : https://www.vocketfc.com/safee-sali-adakan-rundingan-bersama-dua-pasukan/