Tidak Akan Bersama JDT Bagi Saingan Musim Depan

KUALA LUMPUR: Pemain terbaharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahrian Abimanyu tidak akan bersama juara Liga Super tujuh kali itu ataupun skuad pembangunan bagi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Sebaliknya, pemain muda dari Indonesia itu akan terlebih dahulu dihantar untuk ‘berguru’ dengan pasukan lain sebelum diserap untuk memperkuatkan skuad Harimau Selatan pada masa akan datang.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut mengalu-alukan kehadiran pemain berusia 21 tahun itu sebagai perancangan projek jangka masa panjang kelab.

“Perancangan untuk jangka masa panjang. Selamat datang ke pasukan juara, pem3cah rekod, pencipta sejarah dan juga pel0por.

“Bukan main di JDTII. Akan diloan (dipinjamkan) ke luar negara dan main di liga lain,” kata Tunku Ismail menerusi komen pada hantaran mengenai kemasukan pemain itu di laman Instagram JDT.

Sebagai rekod, bekas pemain Madura United itu memulakan karier bola s3pak bersama SSB Mandiri Jaya Bogor dan Akademi Bolas3pak Jakarta.

Dia juga pernah mendapat pend3dahan di Sepanyol bersama Atletico Levante pada 2016 hingga 2017 ketika berusia 17 tahun dan kembali ke Indonesia untuk menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta.

Pada musim 2018, Syahrian menyertai kelab Sriwijaya selama semusim dan kelab terakhir sebelum menyertai JDT, adalah Madura United dengan 20 penampilan.

Dia juga memiliki pengalaman beraksi bersama pasukan remaja bawah 16 dan 19 tahun Indonesia serta masih bersama skuad bawah 23 tahun negara itu.

Sumber-BH