Tidak wajar campur tangan urusan pasukan lain

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris tampil memberi penjelasan mengenai isu tunggakan gaji pasukan itu yang hangat diperkatakan sejak ia didedahkan oleh pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim beberapa hari lalu.

TMJ dalam satu kenyataan pada Isnin lepas mengingatkan pasukan Liga Malaysia termasuk Kedah supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan alasan penangguhan liga disebabkan Covid-19 untuk melaksanakan pemot0ngan gaji sebaliknya menyelesaikan dulu tunggakan gaji kepada pemain dan pegawai pasukan.

Selain mengatakan bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia dan Malaysian Football League tidak banyak membantu dari segi kebajikan, ini penjelasan lanjut daripada Asmirul sepertimana ditulis di facebook peribadinya : “Apabila berlaku Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pertama pada 18 Mac 2020, pihak penaja telah memohon penangguhan pembayaran sehingga tamat gelombang pertama. Malangnya, sebagaimana yang semua sedia maklum, PKP telah di lanjutkan hingga ke peringkat 3 yang akan berakhir pada 28 April 2020.

“Ini telah menyuk4rkan pihak penaja untuk memperjelaskannya kerana perniagaan mereka juga terjejas teruk ak!bat daripada kek4ngan ekonomi yang berlaku. Namun mereka tetap berjanji akan memperjelaskan penajaan sebaik sahaja PKP tamat.

“Di pihak Kerajaan Negeri Kedah pula, keutamaan harus di berikan setelah menyelesaikan kesemua budget rangsangan ekonomi serta bantuan keperluan kepada rakyat untuk kos sara hidup yang pada ketika ini tentunya telah menjadi agenda utama negeri.

“Misi menaik taraf keperluan kesihatan serta menyelamatkan ny4wa rakyat menjadi keperluan yang amat penting. Kerajaan Kedah menfokuskan patuh PKP ini dititik beratkan sehinggalah kita berjaya mengekalkan 5 hari(10~14 April) berturut-turut tiada kes baru Covid 19. Ini semua hasil keutamaan kerajaan negeri.

“Bolasepak sebagai sukan yang paling di minati di Kedah tidak akan di kesampingkan. Ianya kini berada di agenda kedua langkah penyelesaian setelah pihak penaja menghadapi kekangan ketika kegaw4tan ekonomi. Kerajaan negeri masih boleh mempunyai dana untuk langkah penyelesaian. Segalanya akan di selesaikan sebaik mungkin oleh kerajaan setelah tamat tempoh PKP ini.”

Dalam masa sama, Asmirul turut mempersoalkan kewajaran TMJ untuk mencampuri urusan pasukan lain seolah sengaja mahu mensensasikan perkara itu.

“Saya juga mempersoalkan kewajaran JDT untuk campur tangan dalam pengurusan badan gabungan seolah melangkaui FAM? Untuk apa tujuan menggembar gembur di dalam media ketika negara gaw4t dengan wabak COVID19?

“Saya bercakap bagi seluruh negeri yang terlibat di dalam Liga ini bukan hanya bercakap bagi pihak negeri Kedah. InsyaAllah bermula tampuk pimpinan Mei 2018 sehingga kini belum pernah Kedah FA gagal melangsaikan gaji pemain. Cuma kelewatan yang berlaku adalah kerana wab4k COVID19 yang telah melanda seluruh dunia.

“Perbincangan dengan pemain akan segera di langsungkan setelah pihak FAM dan MFL memberikan tarikh terakhir kemaskini permulaan kembali musim 2020,” ujarnya.

Foto : FB Asmirul Anuar Aris