Tiga Lagi Dalam Proses Rundingan

JOHOR BAHRU: Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan mereka berada di kelas berbeza apabila berjaya menjalin kerjasama dengan sebuah francais makanan dari Amerika Syarikat, Subway.

Jalinan kerjasama itu diumumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers hari ini.

Restoran sandwich itu akan membuka kedai mereka di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, tahun depan.

Subway berada dalam berada senarai terbaharu usaha sama bertaraf antarabangsa yang dijalin JDT selepas SWAG, Nike dan Hublot.

“Ketika ini, Harimau Selatan sedang dalam proses rundingan bersama tiga lagi jenama yang akan membuka cawangan mereka di stadium yang serba canggih ini.

“Stadium Sultan Ibrahim direka untuk menjadi destinasi pelancongan di mana para pengunjung boleh menjamu selera, membeli-belah dan juga menonton perlawanan bola sepak. Luaskan Kuasamu Johor,” kata kenyataan itu.

Jalinan kerjasama itu secara tidak langsung akan terus mengukuhkan kedudukan JDT sebagai kuasa besar di dalam sukan bola sepak tanah air pada masa akan datang.

Sumber : https://www.utusan.com.my/sukan/2020/11/jdt-subway-jalin-kerjasama/