Top 10 Penyerang Import Paling “Padu” Liga Malaysia

10 PEGEMPUR IMPORT PALING BERBISA DI LIGA MALAYSIA
(2000 – 2020)

Ini adalah senarai 10 yang terbaik dikalangan terbaik.

1. Marlon Alex James (182 gol)
Marlon Alex James mengungguli senarai teratas carta ini.

Marlon mula bertapak di Liga Malaysia seawal musim 2004 bersama kelab MK Land. Marlon menjaringkan 49 gol untuk MK Land dalam 2 musim.

Menyertai Kedah, Marlon tidak menoleh kebelakang lagi, 40 gol dan 45 gol sepanjang 2 musim bersama Kedah.

Pada 2012, Marlon disambar ATM FA selepas FAM membenarkan kembali awang import ke kancah Liga M. Marlon terus mengukuhkan status beliau selaku pengempur paling berbisa di Liga M dengan 48 lagi gol bersama ATM FA.

Marlon turut memenangi 2 kasut emas sepanjang beraksi di Malaysia.

__

2. Philimon Chipeta (116 gol)
Bintang Zambia ini mewakili Perlis selama 6 musim.

Pemain ini pernah datang trial bersama pasukan Perak sebelum akhirnya menyertai Perlis FA.

Chipeta ditangga kedua dengan jumlah jaringan 116 gol. Prime era Chipeta adalah prime era untuk pasukan Perlis. Mereka ke perlawanan akhir sebanyak 6 kali.

Chipeta memenangi 1 kasut emas pada 2003 dengan rekod 23 gol.

__

3. Patrick Ronaldinho Weah (112 gol)
Permata kelahiran Liberia paling menyerlah di Malaysia setakat ini.

Mungkin dalam 10 senarai ini, nama Patrick paling mengejutkan apatah dia disenarai ke-3 terbaik di Malaysia.

Patrick mula beraksi di Malaysia pada 2012 bersama kelab Sime Darby di Liga Perdana. Amat mengejutkan Sime Darby berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA musim itu. Patrick menamatkan musim dengan rekod 24 gol.

Patrick kemudian sertai kelab PKNS FC. Mula mempamerkan taring beliau selaku ‘targetman’ berbisa di Malaysia.

Pada musim 2013, Patrick berjaya merakam 21 gol untuk season debut bersama PKNS. Musim 2014 sedikit penurunan dengan hanya 11 gol.

Pada musim 2015, Patrick kembali ke landasan terbaik dengan menjaringkan 18 gol untuk kelab.

Pada 2016, Patrick bersama Selangor FA semusim. Patrick menjadi penjaring terbanyak Selangor musim itu dengan 19 gol.

Musim 2017, Patrick kembali ke pangkuan PKNS dan menamatkan musim dengan 10 gol.

Patrick kembali mewarnai Liga Malaysia pada musim 2019 dengan mewakili PDRM FA di Liga Perdana. Patrick menjaringkan 6 gol musim lalu.

Bermula musim baru 2020, Patrick sudah menjaringkan 3 gol bersama Sarawak United, pasukan Selangor United yang kini dijenamakan semula.

Patrick mengumpul koleksi 112 gol sepanjang karier di Malaysia.

__

4. Francis Forkey Doe (100 gol)
Seorang lagi permata kelahiran Liberia. Forkey Doe cukup sinonim bersama Liga M. Beliau mewakili 7 pasukan dan masih beraksi sehingga kini. Musim 2020, Forkey Doe beraksi di Liga M3.

Doe mencatat 100 gol di Liga Malaysia. Beliau turut memenangi 2 kasut emas. 1 di Liga Super dan 1 di Liga Perdana.

Musim terbaik buat Doe adalah pada 2016 ketika mewakili Felda United. Doe merakam 23 gol dalam semusim.

__

5. Juan Manuel Arostegui (95 gol)
Siapa masih ingat ledakan 50 gol semusim Arostegui. Beliau memegang rekod selaku pengempur paling hebat pernah direkodkan dalam semusim.

Arostegui mewakili 2 kelab sepanjang beraksi di Malaysia. Fasa atau prime beliau adalah sewaktu bersama kelab MPPJ.

Bersama MPPJ, Arostegui meledak 85 gol dan bersama ATM FA, Arostegui menjaringkan 10 lagi gol.

__

6. Keita Mandjou (92 gol)
Lewat 2004, Keita berjaya menjaringkan 1 gol untuk Perak, selepas itu Keita mula menjadi pemain paling bernilai buat Seladang.

24 gol pada 2005, ketika itu gandingan mantap bersama Frank Seator. Mereka meledak 46 gol bersama.

32 gol pada 2006, memenangi kasut emas di Liga Super.

30 gol pada 2007, juga memenangi kasut emas di Liga Super.

Pada 2012, Keita menyertai Kelantan dan sempat merakam 5 gol.

2 kasut emas di Liga Super secara berturut turut dengan jumlah keseluruhan 92 gol.

__

7. Paulo Rangel (84 gol)
Pemain yang digelar ‘hybrid poacher’ ini mengisi tangga ke-7.

Rangel mula bermain di Malaysia pada musim 2013 bersama Perak.

Apa yang menarik pasal Rangel ini, beliau menjadi ‘top performer’ untuk setiap kelab dia wakili.

2013 dengan 11 gol, penjaring terbanyak Perak. 2014 dengan 29 gol, penjaring terbanyak Selangor. 2015 dengan 16 gol, penjaring terbanyak Terengganu dan 2016 bersama JDT II, mencatatkan 23 gol.

Hanya musim 2018 sahaja Rangel meledak hanya 5 gol bersama Kedah.

__

8. Frank Seator (82 gol)
Seator merupakan pencetus awang import dari Liberia di Liga Malaysia.

Mula mewakili Perak pada 2003, Seator mula membina reputasi beliau di Malaysia.

10 gol pada musim pertama, kemudian Seator mula mempamer taring berbisa.

Bersama Perak, Seator menjaringkan 50 gol sebelum sertai Selangor pada musim 2008.

Bersama Selangor, Seator menjaringkan 32 gol semusim. Seator meninggalkan Liga Malaysia dengan rekod 82 gol secara keseluruhan.

__

9. Brian Fuentes (74 gol)
Brian Diego Fuentes merupakan lagenda Red Giant atau Selangor.

Fuentes merupakan penjaring terbanyak ke-3 sepanjang zaman Selangor dengan 74 gol.

Beliau menikmati musim terbaik pada musim 2004 dengan meledak 35 gol semusim.

Pada 2005, Fuentes membantu Selangor meraih treble dengan menjaringkan 31 gol semusim.

Fuentes menamatkan 3 musim di Selangor dengan 1 kasut emas Liga Perdana.

__

10. Mohammad Ghaddar (71 gol)
Ghaddar sangat sinonim bersama Kelantan FA atau The Red Warrior.

Mula sertai Kelantan pada 2012, Ghaddar mempamerkan sentuhan berbisa beliau dengan rekod 21 gol di musim pertama.

Beliau kemudian menyertai Felda namun dilanda kecederaan, hanya 3 gol dijaringkan.

Ghaddar kembali bersama Kelantan pada 2014 namun gagal memberi impak besar. 6 gol dijaringkan beliau.

Musim 2017, Ghaddar kembali buat kali ke-3 bersama Kelantan. Impak beliau sangat menjadi dengan merekodkan 18 gol sebelum disambar JDT. Rancak waktu ini, perpindahan sensasi top scorer.

Di JDT, Ghaddar menjaringkan 11 gol untuk pasukan utama. Ghaddar kemudian dipinjamkan ke Kelantan, kali ke-4 bersama Kelantan pada 2018, sempat merakam 2 gol.

Kembali semula ke JDT, Ghaddar diturunkan ke JDT II. Ghaddar meledak 10 gol pada 2019 menjadikan jumlah keseluruhan gol beliau, 71 gol.

Ghaddar memenangi kasut emas Liga Super pada 2017 dengan rekod 23 gol.

.

Terdapat beberapa lagi nama besar yang merekodkan jumlah gol agak besar namun tidak mampu ke kelompok 10 terbaik.

Pemain seperti Sandro Mendonca mempunyai rekod 59 gol. Bambang Pamungkas pula dengan 58 gol dan Matias Conti pula pernah bersama Pahang dengan koleksi 50 gol.

Apapun inilah Top 10 Pemain Import paling berbisa di Liga Malaysia kita.

Sumber : Don K-Rul IZham