Tuck Umum Mahu Bersara

PEMAIN berd@rah kacvkan Malaysia-England, Lee Tuck membayangkan mahu gantvng but di Malaysia terutama bersama pasukannya kini, Terengganu FC (TFC).

Menurut pemain kelahiran Halifax, England itu keserasian isterinya, Georgia Madelela dan anaknya, Ruby Sofia menetap di Kuala Terengganu yang terkenal dengan persisiran pantai yang indah menguatkan lagi semangatnya untuk terus beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) selain masyarakat peramah mampu menambat hatinya sekeluarga.

Kontrak ketua pasukan TFC berusia 32 tahun itu bakal berakhir hujung musim ini, namun dia berkeyakinan masih mampu menyumbang tenaga dan kekal relevan dalam pentas Liga M biarpun terpaksa bersaing dengan pemain lebih muda.

Untuk jangka masa panjang, saya mahu kekal bermain di Malaysia terutama di Terengganu sehingga bersara daripada arena bola sepak.

“Saya gembira berada di negara ini, begitu juga isteri dan anak saya. Jadi tinggi harapan saya dapat beraksi selama yang boleh atau selagi khidmat saya diperlukan mana-mana pasukan,” ujar Tuck yang mula menjejak kaki di Malaysia pada 2017 menyarung jersi Negeri Sembilan sebelum berhijrah ke Terengganu setahun kemudian di bawah kendalian Irfan Bakti Abu Salim.

Bercakap mengenai saingan liga yang dijangka bakal kembali tidak lama lagi, dia akui semakin teruja untuk memulakan latihan di padang selepas selesai ujian saringan C0vid-19, semalam. Katanya, peluang bertemu rakan sepasukan ketika ujian saringan semalam juga sudah cukup menggembirakannya selepas tiga bulan tidak bertemu secara bersemuka.