Tunggu “Lampu Hijau” KAFA

Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, masih menunggu isyarat pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum memanggil semua pemain skuad The Red Warriors (TRW) untuk kembali menjalani latihan.

Yusri berkata, ketika ini beliau masih berada di Perlis sambil memantau perkembangan terkini berkaitan urusan latihan pasukan yang sudah tertangguh hampir empat bulan akibat pand3mik C0V!D-19.

Alhamdulillah, banyak pasukan sudah diberi kebenaran oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menjalani latihan di atas padang dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Kami (Kelantan FA) juga tidak sab@r untuk turun ke padang buat pertama kalinya selepas sekian lama menjalani latihan secara individu.

“Mungkin pihak pengurusan sedang menyelesaikan empat perkara utama yang digariskan MFL berkaitan SOP sebelum pasukan dibenarkan turun padang,” ujarnya.

Yusri yang cuba membawa semula TRW ke saingan Liga Super, musim depan, gembira dengan komitmen semua anak buahnya yang giat menjalani latihan di rumah masing-masing.

“Semua pemain sudah tidak sab@r untuk menjalani latihan di padang dan akan mematuhi segala SOP yang ditetapkan,” katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Ikuti kami di Channel Telegram Informasi Terkini klik: https://t.me/informasikini