Ucapan Neil Young Buat Bos Tottenham

Crosby, United Kingdom: Pengurus Marine, Neil Young berterima kasih kepada bos Tottenham, Jose Mourinho kerana menyenaraikan pasukan terkuat mereka biarpun membelasah pasukan divisyen lapan dengan keputusan 5-0 pada pusingan ketiga Piala FA.

Jurang 168 kedudukan liga membabitkan kedua-dua pasukan itu adalah yang terbesar dalam tempoh 150 tahun Piala FA.

Tiada peminat dibenarkan masuk kerana sekatan Covid-19 namun ramai yang menyaksikan perlawanan di Rossett Park yang berkapasiti 3,185.

“Saya perlu memuji Jose Mourinho dan pasukannya mereka menunjukkan rasa hormat kepada kami,” kata Young.

“Pada akhirnya kami ketawa kepada siapa yang masuk dari bangku simpanan. Saya tidak boleh minta lebih daripada pemain. Anda bermain menentang pasukan berkelas dunia dan yang menjadikannya mudah sekali. Saya bangga dengan apa yang sudah kami capai.

“Komuniti bola sepak terutama penyokong Tottenham Hotspur cukup menakjubkan. Kebanyakan kelab bukan liga bergelut, jadi ini amat bagus buat kami,” kata Young.

Tanpa kapten England Harry Kane, Spurs masih menurunkan skuad terbaiknya dengan Son Heung-min dan Gareth Bale bermula di bangku simpanan.

Dele Alli, Toby Alderweireld dan Lucas Moura, serta pengganti Kane Vinicius membarisi kesebelasan utama Spurs.

Sumber : hmetro.com.my