Umpama “V!rus”

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata cadangan had gaji siling untuk pemain Liga Malaysia (Liga M) tidak boleh dilaksanakan selepas mengambil kira daripada sudut profesional .

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya sama sekali tidak akan menghalang sekiranya ada persatuan atau kelab yang merancang untuk melaksanakan pendekatan buat pasukan masing masing.

“Cadangan itu memang daripada dulu dibincangkan dan pernah dibuat oleh FAM satu ketika dahulu. Tetapi untuk siling ini, kalau ada kebaikan dan keburukan, daripada segi profesional, kita tidak boleh adakan gaji siling.

“Jadi, terpulang kepada pasukan. Yang penting adalah pasukan mesti buat bajet atau bayar gaji pemain mengikut kemampuan. Selagi perkara ini tidak difahami, mereka akan terus hadapi masalah kewangan,” katanya.

Hamidin berkata demikian ketika menjawab soalan daripada penyokong bola sepak tempatan yang mencadangkan kewajaran had gaji siling selepas melihat pasukan dibeban dengan hutang akib4t persa!ngan mendapatkan pemain terbaik.

Isu tungg4kan gaji dengan pasukan Liga M boleh dianggap sebagai ‘v!rus’ yang sentiasa menular dan sehingga kini tiada lagi penawarnya.

Saban musim, rungutan pemain terhadap tungg4kan gaji sehingga berbulan-bulan dapat didengar dan lebih memburukkan keadaan, tungg4kan yang dialami menyebabkan ada pasukan yang terpaksa ‘ bungkus’ dan pemain pula langsung tidak mendapat bayaran.

Justeru, timbul cadangan yang mengusulkan kepada pasukan Liga M supaya menggunakan had gaji siling sebagai inisiatif untuk mengawal perbelanjaan pasukan dan mengelak berlakunya tungg4kan gaji.

Dalam pada itu, mengulas mengenai cadangan ‘Fair Play Kewangan’ seperti yang digunakan di Eropah, Hamidin menjelaskan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sudah memiliki mekanisme tersendiri menerusi pelaksanaan Program Kawalan Ekonomi (ECP) yang sudah pun diperkenalkan pada musim ini.

“Kita sudah ada ECP yang kita implementasikan pada tahun ini dan kita akan implementasikan sepenuhnya pada tahun depan. Jadi semua pasukan perlu peka dengan ECP yang sudah kita buat ini,” katanya.

Sumber : https://www.bharian[.]com.my/sukan/bola/2020/06/704941/fam-tak-boleh-laksana-had-gaji-siling-pemain