Update Terkini Liga Malaysia

CEO MFL, Datuk Ghani Ab Hassan hari ini mengumumkan bahawa Liga Malaysia musim 2020 akan disambung pada bulan September dan akan diadakan selama sebulan sahaja iaitu pada 1-2 September 2020 dan akan berakhir pada 26-27 September 2020.

Katanya, keputusan itu dapat dicapai kerana sa!ngan liga hanya akan bersambung sebanyak lapan perlawanan sahaja iaitu dari perlawanan kelima hingga perlawanan ke-11 mengikut jadual asal seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Setiap perlawanan akan diadakan mengikut SOP Perlawanan Tanpa Penonton seperti yang ditetapkan oleh MKN dan tiada jendela perpindahan pemain jika sa!ngan bermula pada September.

Juara Liga Super akan layak ke ACL 2021 manakala naib juara layak ke Piala AFC 2021.

MFL turut membuat keputusan untuk membatalkan Piala FA dan Piala Cab4ran bagi mengurangkan kepadatan jadual liga.

PIALA MALAYSIA

Piala Malaysia tetap diteruskan dan MFL akan buat undian sebelum kejohanan berlangsung pada 17-18 Oktober 2020 dan akan berakhir pada 7 November, namun akan menggunakan format kalah mat! dan hanya 16 pasukan akan bertanding iaitu 11 pasukan teratas Liga Super dan 5 pasukan teratas Liga Premier, namun pasukan simpanan seperti JDTII tidak dibenarkan bertanding.

SESI LATIHAN

Dari segi latihan pula, semua pasukan dibenarkan berlatih pada bulan Ogos mengikut SOP kendalian latihan dan perlawanan Liga Malaysia yang akan dikeluarkan oleh FAM dan MFL berdasarkan arahan MKN, KKM dan KBS serta garis panduan AFC dan FIFA.

LIGA M3

Status Liga M3 kelolaan Amateur Football League (AFL) akan diputus_kan pada bulan Jun disebabkan banyak faktor sedang dikaji dan diperhalusi kerana perlawanan sa!ngan kelab amatur itu diadakan di padang terbuka.

JIKA KERAJAAN TIDAK BENARKAN LIGA MALAYSIA BERAKSI SEMULA

Jika MKN, KKM dan KBS tetap tidak membenarkan perlawanan bersambung semula, Liga Malaysia musim ini akan dibatalkan serta-merta.

Jika pembatalan berlaku, juara Liga Super 2019 akan mendapat slot automatik ACL 2021 manakala naib juara Liga Super dan juara Piala FA 2019 akan mendapat slot ke Piala AFC 2021.

MENGAPA LIGA MALAYSIA 2020 PERLU DITERUSKAN

Perancangan baharu kalendar Liga Malaysia 2020 mengambil kira faktor-faktor seperti penund4an tarikh Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, penund4an tarikh ACL 2020 melibatkan JDT dan tarikh baharu kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 yang dijangka bermula pada 21 November sehingga 15 Disember 2020.

“MFL menghormati pandangan pelbagai pihak mengenai status perjalanan Liga Malaysia musim ini, tetapi MFL sudah mengkaji dan meneliti secara mendalam bagi menyusun semula kalendar baharu Liga Malaysia,” kata Ghani.

“Kita sedia maklum bahawa ramai pihak bergantung kepada sumber ekonomi mereka dalam industri bola sepak tanah air. Justeru ketika ini, MFL masih berpandangan positif untuk memulakan kembali sa!ngan liga yang terpaksa dit4ngguhkan selepas kerajaan mengeluarkan arahan PKP pada 18 Mac lalu.”

JADUAL LIGA AKAN DIKAJI SEMULA PADA BULAN JUN

Ghani mengakui pelan perancangan ini akan dikaji semula pada Jun depan berdasarkan perkembangan semasa wab4k COVID-19.

“Kita akan memantau situasi semasa isu wab4k COVID-19 dan akan mengemukakan permohonan semula mengenai perancangan jadual Liga Malaysia 2020 berdasarkan arahan terbaharu MKN, KKM dan KBS pada Jun nanti.

“Pihak MFL juga akan menitikberatkan soal kesel4matan semua pihak yang terlibat dengan SOP perlawanan lebih ket4t mengikut saranan MKN, KKM dan KBS andai Liga Malaysia musim 2020 dapat diteruskan seperti yang dirancangkan.

“MFL sentiasa bersedia berbincang dan mengikuti segala saranan serta arahan daripada MKN, KKM dan KBS sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

HARAPAN MFL

Ghani berharap pelan kalendar baharu Liga Malaysia musim 2020 dapat dijadikan kenyataan dan mengembalikan semula keyakinan semua pihak terhadap industri bolasepak negara.

“Jadi dengan pengumuman penjadualan Liga Malaysia 2020 ini diharap dapat membantu semua pasukan membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku apabila pihak MKN, KKM dan KBS membuat ketetapan baharu mengenai perkembangan wab4k COVID-19 kelak.

“Apa yang jelas di sini bahawa, Ahli Lembaga Pengarah MFL memiliki kuasa untuk mer0mbak dan mem!nda format pertandingan atas sebab isu-isu wab4k COVID-19 dan PKP oleh pihak kerajaan.

“Dan diharap dalam jangkamasa lebih tiga bulan sebelum perancangan ini dijalankan, keadaan wab4k COVID-19 yang melanda negara ini akan beransur pulih serta PKP dapat dil0nggarkan jadi marilah sama-sama kita berdoa agar keadaan kembali pul!h seperti biasa,” katanya.

Sumber : football-tribe