
KUALA LUMPUR: Nama Luqman Hakim Shamsudin terus menjadi sebutan selepas dia sah mengikat kontrak bersama kelab Belgium, KV Kortrijk (KVK), semalam.
Lebih manis, video pengenalan Luqman sebagai pemain KV Kortrijk turut mendapat perhatian selepas ia disiarkan di laman sosial rasmi kelab berkenaan.
Malah, laman sosial kelab itu juga sudah ‘terkenal’ dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia selepas ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah buat Luqman dari rakyat negara ini.
🔺WELCOME LUQMAN 🔺🇲🇾 Hakim joins KV Kortrijk and signs a 5-year contract!🔴⚪️ #WelcomeHakim
Posted by KV Kortrijk on Wednesday, 5 August 2020
Video yang berdurasi satu minit 38 saat itu turut menampilkan pemain kelahiran Kota Bharu yang bercakap dalam bahasa Belanda serta loghat Kelantan.
Bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal juga tidak ketinggalan berkongsi video berkenaan di laman Twitter.
“Berita baik buat bakat dari Malaysia. Semoga dia dapat buat yang terbaik dan harap dapat melihat aksinya nanti. Selamat berjaya, buat kami bangga Luqman,” katanya.
Great news for our 🇲🇾 talent. Wishing him the best & hoping to see him in action soon. Good luck 💪🏼⚽❤️. Make us proud Luqman. https://t.co/6pZnAWuvgr
— K.Rajagobal (RG) (@RajagobalRg) August 6, 2020
Sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/08/719001/video-pengenalan-luqman-curi-tumpuan