Vietnam Tak Senang Duduk Tengok Team Harimau Malaya

PENAMBAHAN seorang tonggak naturalisasi dalam skuad Harimau Malaya, Liridon Krasniqi serta calon warisan yang sedang dalam permohonan, Marcel Kalonda nyata mencem4skan kem pasukan Vietnam ketika ini.

Menurut laporan media negara terbabit, skuad Naga Emas kendalian Park Hang-seo itu jelas bimbang dengan kekuatan anak buah Tan Cheng Hoe menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 13 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Vietnam (VFF), Le Hoai Anh berkata, berdasarkan maklumat diperolehi mengenai skuad Harimau Malaya, pasukan Vietnam perlu berhati-hati terutama dengan kehadiran pemain naturalisasi.

Untuk itu, Vietnam juga dijangka menambah kekuatan dengan memburu beberapa pemain warisan untuk menyertai kem pasukan kebangsaan.

“Bertindak dari beberapa maklumat diperolehi mengenai skuad Malaysia, VFF merancang menambah kekuatan pasukan menggunakan pemain naturalisasi atau k4cukan bagi mengimbangi kekuatan Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, VFF dilaporkan sedang berusaha membawa pemain masuk pemain k4cukan Vietnam-Republik Czech yang beraksi di posisi penjaga gol.

Difahamkan proses dokumentasi sedang diuruskan dan dijangka ia dapat diselesaikan sebelum perlawanan bertemu Malaysia.

Menerusi pended4han demi pended4han dilaporkan media Malaysia terutamanya Arena Metro menyaksikan Vietnam jelas tidak senang duduk apabila ramai pemain warisan menyatakan hasrat untuk mengetuk pintu skuad Harimau Malaya.

sumber : HM

Selain Kalonda yang beraksi di Liga Zambia sedang dalam proses menyiapkan dokumentasi, beberapa pemain seperti Harry Edge dan Samuel Bone turut berada dalam senarai menunggu.

Ketika ini, sekurang-kurangnya empat pemain warisan dan naturalisasi sudah berada dalam skuad iaitu Matthew Davies, Corbin Ong dan Brendan Gan selain Mohamadou Sumareh yang muncul sebagai tonggak naturalisasi pertama Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.