Walalupun rangking no-5 tapi mereka semangat merebut kejuaraan liga

Johor Darui Ta’zim (JDT) mengambil pendekatan berwaspada apabila berdepan Selangor FC pada aksi Liga Super di di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok.

Pengendali pasukan, Benjamin Mora mengakui tugas rumit bakal menanti mereka berdepan skuad kendalian Karsten Neitzel namun sudah bersedia untuk meneruskan momentum kemenangan.

“Sudah tentu saya inginkan kemenangan bertemu Selangor FC. Bermain dengan corak permainan yang lebih konsisten selain pemain diturunkan nanti tampil dengan lebih agresif dan mengikut taktikal dirancang.

“Pemain perlu fokus apabila beraksi di padang dan ia penting untuk tampil dengan prestasi lebih baik dan itu yang yang saya harapkan. Dari situ baru saya dapat nilai kerana saya tidak bimbang dengan prestasi Selangor FC.

“Saya tidak terlalu risaukan Selangor FC, saya risau akan JDT. Saya risaukan permainan JDT, sebabnya jika JDT melakukan tugasnya secara 100 peratus, ia akan menjadi sangat sukar untuk pasukan lawan mendapatkan peluang tapi jika kami tidak fokus dan memberikan peluang, mereka akan hukum kami,” katanya.

Pada pertembungan pusingan pertama di Stadium Sultan Ibrahim pada 17 Mac lalu, JDT terikat 1-1 dengan skuad The Red Giants dan aksi kedua dilihat menarik tatkala JDT mahu terus melebarkan rekod kemenangan untuk kekal di tangga teratas.

Tegas Mora lagi, aksi 90 minit perlawanan pasti menarik kerana bukan sahaja JDT mahukan kemenangan malah Selangor FC juga berazam untuk bangkit selepas mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang KL City FC.

Katanya, JDT tidak boleh ambil sikap mudah kerana Selangor FC adalah pasukan yang bagus walaupun ia berada di tangga kelima tapi menunjukkan semangat untuk melawan bagi merebut kejuaraan liga.

Katanya, saingan pada musim ini jelas sengit berikutan Terengganu FC, Kedah Darul Aman FC dan Penang FC sudah mula mempamerkan aksi mantap sekali gus memaksa JDT tidak boleh silap percaturan dan keciciran mata.

Sumber : BH