2 Pemain Baru Sah Milik JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan membayar yuran perpindahan sebanyak RM1.6 Juta bagi menandatangani pemain import, Bergson Da Silva secara tetap.

Perkara ini dikongsikan oleh Transfermakrt MY di laman media sosial Twitter dimana harga tersebut adalah harga yang ditetapkan oleh kelab Bergson sebelum ini, Fortaleza sekiranya JDT mahu mendapatkan pemain itu secara tetap.

JDT memutuskan untuk memuktamadkan Bergson sebagai pemain mereka setelah menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Super setakat ini.

Pemain berusia 30 tahun itu menjaringkan 11 gol dalam 11 penampilan sejak menyertai pasukan secara pinjaman pada hujung jendela perpindahan pertama musim ini.

Selain menandatangani Bergson secara tetap, baru-baru ini JDT turut mendapatkan khidmat pemain pertahanan dari Australia, Shane Lowry.

Pemain muda yang beraksi bersama kelab England, Wolverhampton Wanderers, Hong Wan turut dibawa masuk bagi menggantikan Hariss Harun yang pulang ke Singapura dengan menyertai Lion City Sailors.

Sumber : VocketFC